Lebih 100 gerai peniaga uptown di Melaka dipukul ribut

Lebih 100 gerai peniaga uptown di Melaka dipukul ribut

MELAKA – Lebih 100 peniaga uptown di Klebang dan Banda Hilir dekat sini berdepan detik cemas apabila tiba-tiba dipukul ribut ketika hujan lebat melanda, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, beberapa klip video berkaitan bencana tersebut turut tular di laman sosial memaparkan khemah para peniaga musnah diterbangkan angin kuat.

Seorang peniaga Uptown Pahlawan Walk, Hisyam Holidi, 48, berkata, kejadian ribut itu berlaku dalam sekelip mata sehingga dia tidak sempat menyelamatkan barangan pakaian yang dijual.

“Sebelum Isyak tiba-tiba ribut datang dan menghentam khemah kami di sini, saya sendiri terperangkap di dalam khemah kerana belum sempat nak keluar dah runtuh.

“Memang tak dapat nak selamatkan apa-apa sebab barang semua dah jatuh masuk ke dalam air pada paras bawah lutut. Tak lama pun ribut ni dalam satu minit sahaja tetapi semua musnah,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini, sebentar tadi.

Tambahnya, dia menganggarkan kerugian dialaminya mencecah RM30,000 melibatkan pakaian pelbagai jenama.

Sementara itu Ahmad Firdaus Ahyani, 34, pula memberitahu, kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku sepanjang lapan bulan uptown itu dibuka.

“Semua peniaga pegang khemah masing-masing tetapi tetap ranap, ini kali pertama kami dipukul ribut sejak uptown ini dibuka Januari tahun ini.

“Kami tak sempat berniaga pun, mula-mula cuaca mendung selepas itu disusuli hujan rintik sebelum tiba-tiba datang ribut. Dua buah khemah ranap, stok baju bernilai RM13,000 juga habis rosak tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati hujan mula reda pada pukul 10.30 malam tadi.

Sebanyak sembilan lokasi di sekitar daerah Melaka Tengah turut dilaporkan dinaiki banjir kilat termasuk di Kampung Chetti, Kampung Morten, Kampung Pulau Kelapa, Kampung Batu Hampar, Kampung Bukit Piatu dan Kampung Solok Musai.

Selain itu di kawasan Banda Kaba, Bukit Cina Taman Wan Show dan Kampung Banda Hilir yang membabitkan 152 buah rumah.

Bagaimanapun setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka. K Online

Lebih 100 gerai peniaga uptown di Melaka dipukul ribut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen

Mula suka, akhir merana

Bekas pembantu korup petik nama Najib

Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker