‘Jangan lupa ada PASDAP, BersaDAP terlebih dahulu’

‘Jangan lupa ada PASDAP, BersaDAP terlebih dahulu’

Seorang pemimpin Umno mengingatkan PAS dan Bersatu jangan lupa kerjasama mereka dengan DAP, sebelum meracun orang Melayu dengan momokan ‘UmDAP’ untuk menanam kebencian terhadap kerajaan perpaduan.

Ketua Umno Perak, Saarani Mohamad, berkata sejarah menunjukkan PAS terlebih dahulu menjalankan kerjasama dengan DAP yang kini dicercanya, walaupun Umno pernah menghulurkan tangan persahabatan selepas PRU12 berlangsung 2008.



Katanya, ketika itu tiada satu parti boleh membentuk kerajaan di Perak yang memerlukan majoriti 30 daripada 59 kerusi dengan Barisan Nasional (BN) menang 28, manakala DAP (18), PKR (7) dan PAS (6).

“Kita pujuk PAS untuk tubuh kerajaan dengan BN, dapat 34 kerusi undi dan kita boleh panggil itu kerajaan UmPAS (Umno dan PAS) tetapi mereka tolak sebaliknya gabung dengan DAP…jadilah ‘PASDAP’ (PAS dan DAP).

Ini cerita 2008, budak muda sekarang kalau umur 18 tahun dia tak tahu cerita ini (sejarah hubungan PAS dan DAP), katanya dalam temubual dengan media di tepian Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 malam tadi.

Menteri besar Perak berkata, Bersatu juga tidak terkecuali, malah kerjasama dengan DAP membolehkan Dr Mahathir Mohamad diangkat semula sebagai perdana menteri di era pentadbiran PH pasca PRU14 yang hanya bertahan hingga 2020.



Pada masa sama, gabungan Bersatu dan DAP dilabel Saarani sebagai BersaDAP itu turut mentadbir Perak ketika parti terbabit hanya mempunyai seorang Adun iaitu Ahmad Faizal Azumu sebelum dua wakil rakyat Umno menyertainya.

Mengapa bila tiba waktu Umno, dimomok, dihentak, dimaki, dicerca dan ditakutkan orang Melayu, sedangkan PAS dulu pernah tubuh atas dasar PASDAP dan Bersatu pula BersaDAP, katanya.

Saarani berkata, kerjasama Umno dengan Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP di Perak selepas PRU15 bukan dibuat suka-suka sebaliknya demi kepentingan negeri bagi membolehkan penubuhan kerajaan ketika itu.

“Saya boleh biarkan sahaja dengan sembilan kerusi sebab ada dua parti lebih dominan…sebab 24 PH dan 26 PN, kedua-duanya bergabung jadi kerajaan kuat dengan 50 kerusi.



Biar Umno jadi pembangkang, tetapi tak boleh (PN dan PH bergabung), bukan Umno hidung tak mancung pipi tersorong-sorong minta jadi kerajaan, katanya.

Tegasnya, sehubungan itu tidak sepatutnya timbul frasa UmDAP sehingga orang Melayu dan Umno merasa rendah diri kerana kerjasama itu terlebih dahulu dibuat PAS dan Bersatu.

Kalau PASDAP dan BersaDAP gagal, biar Umno buktikan tak gagal…sampai sekarang tak nampak kegagalan dalam kerajaan Perak sebab kita stabil, katanya. FMT

‘Jangan lupa ada PASDAP, BersaDAP terlebih dahulu’



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen



Mula suka, akhir merana

Bekas pembantu korup petik nama Najib



Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker