Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36

Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36

Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri terkejut dan tidak menyangka apabila namanya dicalonkan dalam kelompok 20 pencalonan awal bagi tiga kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36.

Bell memenangi kategori Artis Komedi Popular, termasuk diangkat sebagai Bintang Paling Popular pada penganjuran ABPBH tahun lalu, bagaimanapun bersyukur kerana namanya masih menjadi pilihan.



“Saya terkejut sebenarnya sebab ini pun baru balik kerja. Terima kasih kepada Berita Harian kerana masih lagi calonkan saya.

“Tahun lalu sebenarnya satu perkara yang tak pernah saya sangka.

“Tiba-tiba masih dicalonkan, tahun ini. Apapun, saya sangat bersyukur,” katanya kepada BH Online.

Ditanya sama ada fenomena ‘Barkoba’, iaitu watak lelaki malas berpuasa dibawanya dalam telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa di Kampung Pisang masih mampu menarik pengundi, pelawak berusia 44 tahun itu hanya berserah kepada rezeki.



“Kadang-kadang mungkin fenomena ini datang sekali sahaja, jadi saya sudah tanam dalam kepala, itu hanya rezeki tahun lalu. Tidak semestinya boleh bawa untuk tahun akan datang.

“Tapi, saya bersyukur paling kurang dalam seumur hidup, saya dapat merasa trofi Bintang Paling Popular. Terima kasih kepada semua yang masih menghargai saya.

“Untuk ulangi kejayaan tahun lalu, saya tak pernah terfikir dan saya berharap orang masih boleh terima saya,” katanya.

Terdahulu, menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67, ABPBH 36 dilancarkan hari ini, mengangkat tema Teguh membawa mesej keutuhan, perpaduan dan solidariti dalam kalangan rakyat Malaysia.



ABPBH 36 diinspirasikan CONBOO sebagai penaja utama.

Mempertandingkan 16 kategori utama, pemilihan artis dan selebriti kegemaran boleh dilakukan bermula hari ini hingga 30 September depan menerusi laman web ABPBH 36 di http://www.abpbh.com.mywww.abpbh.com.my.

Manakala undian bagi kategori sampingan, Ekstra! akan bermula pada 29 Ogos ini.

Sebagai penambahbaikan, ABPBH 36 memperkenalkan empat kategori baharu iaitu Aktor Pembantu Filem Popular; Aktres Pembantu Filem Popular; Aktor Pembantu TV Popular dan Aktres Pembantu TV Popular. BH



Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen



Mula suka, akhir merana

Bekas pembantu korup petik nama Najib



Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker