Wanita gigit hidung jiran kerana bunyi bising ubah suai rumah

Wanita gigit hidung jiran kerana bunyi bising ubah suai rumah

MELAKA – Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka hari ini atas pertuduhan mengigit hidung jirannya hingga cedera kerana bunyi bising ketika mengubah suai rumah Januari lalu.

Tertuduh, Adrienne Liew Siew Wern, 37 bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.



Mengikut pertuduhan, wanita itu didapati dengan sengaja menyebabkan cedera kepada Lau Siong Ping, 40, dengan cara mengigit hidung mangsa.

Difahamkan, kejadian berpunca apabila tertuduh tidak tahan dengan bunyi bising kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan jirannya itu.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah beralamat Jalan Bunga Raya 3, Taman Bunga Raya, Bukit Beruang, dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 6 petang 19 Januari lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau dengan kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.



Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 dikenakan terhadap tertuduh.

Peguam Cassian Anthony bagaimanapun merayu jaminan rendah dengan alasan anak guamnya yang masih bujang hanya bekerja sebagai pembantu farmasi dengan gaji bulanan RM3,500 dan perlu menanggung ibu yang menghidap kanser otak.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebayak RM4,000 dan menetapkan tarikh 26 September depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen. MG

Wanita gigit hidung jiran kerana bunyi bising ubah suai rumah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?



‘Pulangkan balik ikan haruan itu’

Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar



Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker