UMNO tak akan berhenti dapatkan keadilan untuk Najib – Zahid
UMNO tak akan berhenti dapatkan keadilan untuk Najib – Zahid
UMNO tidak akan berhenti daripada mendapatkan keadilan yang sewajarnya terhadap bekas presiden parti itu yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian dan komitmen parti itu berhubung pembelaan terhadap Najib sentiasa teguh.
Jelas beliau, UMNO akan menjunjung harapan ahli-ahli dan perwakilan parti itu berhubung pembelaan terhadap Najib meskipun ada pihak yang mempertikai ikrar afidavit berhubung titah adendum yang dibuat beliau dan naib presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
“Kita tidak pernah lupa akan perjuangan untuk membela sahabat yang juga pemimpin kita yang masih berada di belakang tirai besi.
“Insya-Allah, kita tidak akan berhenti selagi nasib Bossku (Najib) tidak mendapat pembelaan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia hari ini.
Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, usul pengampunan penuh diberikan kepada Najib adalah yang tertinggi diterima oleh ibu pejabat parti itu.
Ujar beliau, sebanyak 72 daripada 171 Bahagian UMNO yang bermesyuarat tahun ini mengusulkan perkara itu. MG
UMNO tak akan berhenti dapatkan keadilan untuk Najib – Zahid
Baca Artikel Menarik:
- RTM tak bayar gaji 3 bulan 700 pekerja sambilan?
- Hanipa tak setuju tindakan diambil terhadap Muhyiddin
- Muhyiddin aset atau liabiliti untuk PN?
- Muhyiddin bertambah pening
- Kenapa Hamzah dan Tuan Ibrahim bercanggah?
- Lipas ‘berkampung’ dalam rak makanan, peniaga medan selera New World Park lari ketika penguatkuasaan
- Khalid Samad utus surat kepada Anwar, ketidakadilan ini perlu segera ditamatkan!
- Jangan ingat kami gembira Syamsul bercerai – Yusof Haslam
- Lelaki Afrika terbabit kes samun ditembak mati (Video)
- Bekas ketua risik ESSCom saman bekas KPN, tuntut ganti rugi RM100 juta
- Tekanan hidup, dadah punca lelaki bunuh isteri dan dua anak
- Arteta upah penyeluk saku
- Polis patut siasat Pemuda Bersatu kerana membuat laporan palsu – Rayer
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ke-2 Terbaik Dunia
- Syamsul ceraikan Ira, Alhamdulillah – Patimah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET