UMNO cadang SRA, SMA, SMKA laksana Program Ulul Albab
#PAU2024
UMNO cadang SRA, SMA, SMKA laksana Program Ulul Albab
Umno mencadangkan semua Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Menengah Agama bantuan kerajaan serta Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) melaksanakan program Ulul Albab sepenuhnya.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata ia bagi membolehkan agenda melahirkan generasi masa hadapan yang kukuh jati dirinya dapat diperkasakan.
“Ini bagi memastikan wujudnya kesinambungan pendidikan al-Quran yang kita mulakan di peringkat tabika,” katanya semasa ucapan dasar Presiden Umno semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.
Beliau juga mencadangkan supaya mencadangkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) membuka sekolah rendah bagi memperlengkapkan ekosistem pendidikannya.
Menurutnya, cadangan itu dikemukakan bagi memastikan agenda membangunkan generasi masa hadapan dapat digarap dengan silibus pembangunan modal insan yang mantap.
Ahmad Zahid juga berkata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sudah diarahkan untuk melaksanakan program Ulul Albab di semua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Menurutnya, matlamat utama adalah untuk memastikan kesemua 57 MRSM dengan kapasiti pelajar sebanyak 37,000 orang, melahirkan generasi mempunyai kekuatan dan kemantapan jiwa bersandarkan al-Quran tanpa meminggirkan hal akademik dan kursus yang telah ditetapkan.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, Umno perlu membangunkan pendidikan dan meningkatkan sumber pendapatan anak muda, selain terkehadapan dalam memikirkan kelangsungan hidup mereka.
Disebabkan itu, pihaknya mengangkat Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai agenda besar.
“Menjadikan TVET sebagai pilihan arus perdana akan membuka ruang lebih luas kepada anak-anak muda menyertai sektor perekonomian dan perindustrian negara.
“Alhamdulillah, hasil usaha kita bersama, TVET semakin mendapat tempat di hati anak-anak muda,” katanya.
Sebagai usaha membangunkan Islam dan generasinya, Ahmad Zahid berkata program Pra Tahfiz yang dimulakan tahun lepas akan dipastikan supaya dapat dilaksanakan di 9,600 Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh negara secara berperingkat.
“Program itu bermula di 100 Tabika Kemas membabitkan 1,500 kanak-kanak dan sudah diperluas ke 4,145 Tabika KEMAS tahun ini, dengan penyertaan 62,172 kanak-kanak.
“Sasaran besar kita, hajat saya, UMNO dan kerajaan untuk melahirkan sebanyak 140,000 huffaz cilik menjelang 2026,” katanya. HM
UMNO cadang SRA, SMA, SMKA laksana Program Ulul Albab
Baca Artikel Menarik:
- RTM tak bayar gaji 3 bulan 700 pekerja sambilan?
- Hanipa tak setuju tindakan diambil terhadap Muhyiddin
- Muhyiddin aset atau liabiliti untuk PN?
- Muhyiddin bertambah pening
- Kenapa Hamzah dan Tuan Ibrahim bercanggah?
- Lipas ‘berkampung’ dalam rak makanan, peniaga medan selera New World Park lari ketika penguatkuasaan
- Khalid Samad utus surat kepada Anwar, ketidakadilan ini perlu segera ditamatkan!
- Jangan ingat kami gembira Syamsul bercerai – Yusof Haslam
- Lelaki Afrika terbabit kes samun ditembak mati (Video)
- Bekas ketua risik ESSCom saman bekas KPN, tuntut ganti rugi RM100 juta
- Tekanan hidup, dadah punca lelaki bunuh isteri dan dua anak
- Arteta upah penyeluk saku
- Polis patut siasat Pemuda Bersatu kerana membuat laporan palsu – Rayer
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ke-2 Terbaik Dunia
- Syamsul ceraikan Ira, Alhamdulillah – Patimah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.