Umar pecah rekod 800m SUKMA

Umar pecah rekod 800m SUKMA

Pelari kebangsaan, Umar Osman terus mengganas apabila meleburkan rekod berusia 32 tahun Sukan Malaysia (SUKMA) dalam acara 800 meter lelaki sekali gus memenangi pingat emas pada edisi 2024 di Sarawak.

Atlet berusia 21 tahun itu yang mewakili Johor nyata sukar digugat apabila jauh meninggalkan pencabar lain untuk merangkul emas keempat peribadinya selepas merakam masa terpantas 1 minit 51.19 saat pada aksi final di Stadium Sarawak di sini, hari ini.

Catatan itu menyaksikan Umar memperbaharui rekod temasya dipegang G Ampumani dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1:52.35s yang dilakukan pada edisi SUKMA 1992 di Johor.

Pingat perak dimenangi atlet Wilayah Persekutuan, P Risheraam yang mencatat 1:55.31s manakala S Sri Murugan dari Pahang 1:55.46s meraih gangsa.

Ini kali ketiga Umar mencipta rekod baharu SUKMA selepas turut melakukannya dalam acara utamanya 400m dengan catatan 46.78s dan 4x400m lelaki 3:12.35s.

Umar adalah pemegang rekod kebangsaan 400m dengan masa 46.09s.

Sementara itu, saingan 800m wanita turut menyaksikan dominasi atlet Johor, S Geetha yang memenangi emas dengan catatan 2:20.41s diikuti Nor Ainaa Balqis Hashim dari Kelantan (2:22.21s) dan pelari Sabah, Hizillawanty Jamain (2:22.54s). BH

Umar pecah rekod 800m SUKMA

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’

Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker