Pilih yang ‘tiada calar’, akar umbi Umno setuju perkenal calon PRU awal

Pilih yang ‘tiada calar’, akar umbi Umno setuju perkenal calon PRU awal

Sungguhpun penggal pentadbiran kerajaan semasa hanya berakhir 2027, namun telah kedengaran suara meminta Umno memperkenalkan calon berpotensi PRU16 dari sekarang.

Beberapa perwakilan ditemui FMT pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 berpendapat langkah itu mampu mendekati pengundi lebih awal, selain mewujudkan ‘personal touch’ antara bakal ‘Yang Berkhidmat’ dan penduduk setempat.



Bagaimanapun, mereka mahu proses pemilihan calon dibuat dengan cermat.

Timbalan Ketua Umno Gua Musang Mohd Syahbuddin Hashim berkata pemilihan calon penting kerana lazimnya dapat mencorakkan suasana jentera berdepan pilihan raya sama ada bertambah semangat atau lesu.

“Pemilihan awal salah satu strategi baik seperti di Nenggiri baru-baru ini, beri ruang kepada calon (Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani) turun seberapa banyak tempat yang boleh.

Kena pilih yang tiada calar (ada rekod baik), selain itu bila umum awal calon dapat sedia dari segi stamina… biasa ada masalah itu pada musim pilihan raya menyebabkan tak dapat santuni banyak tempat, kata Adun Galas itu.



Jun lalu, Naib Presiden Umno Johari Abdul Ghani mencadangkan parti itu mengenal pasti pemimpin boleh diangkat sebagai calon PRU akan datang dari sekarang supaya mereka boleh mula menabur bakti dan mengenali pengundi di kawasan masing-masing dengan lebih baik.

Menurutnya, pendekatan itu boleh menjadi kaedah tapisan awal untuk memastikan calon dipilih adalah tepat dan betul-betul dikenali, serta diterima pengundi setempat.

Timbalan Ketua Umno Jerantut Rozilan Salleh pula berpendapat memperkenalkan calon lebih awal dapat melancarkan persediaan, namun parti perlu mempunyai rancangan lain sekiranya timbul masalah luar jangka.

Macam PRK mungkin berbeza bila kita umum calon lebih awal dari biasa, tetapi PRU kena bergantung kepada kajian serta analisis, ujarnya.



Sementara itu, Naib Pemuda Padang Besar Muhammad Faiz Azizan bersetuju dengan gesaan iu bagi membolehkan calon mengenal pasti masalah di setiap kawasan lebih awal dan menyantuninya.

Macam strategi sekarang (umum calon saat akhir), tak cukup 14 hari (tempoh berkempen), masanya singkat untuk jumpa seramai pengundi, katanya.

Perwakilan Puteri Umno Selayang Syaidatul Najeerah Ahmad Zamzuri pula meminta parti mempertimbangkan meletak lebih ramai calon muda untuk menarik semula sokongan komuniti itu.

Bila umum awal jentera boleh turun segera dan kita bantu yakinkan anak muda jangan takut dengan Umno sekali gus perbetulkan tanggapan buruk terhadap parti, katanya. FMT



Pilih yang ‘tiada calar’, akar umbi Umno setuju perkenal calon PRU awal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?



‘Pulangkan balik ikan haruan itu’

Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar



Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker