MAS dilanda krisis keyakinan, kerajaan perlu hindar insiden berulang

Sejak kebelakangan ini banyak pesawat dilanda masalah teknikal.

MAS dilanda krisis keyakinan, kerajaan perlu hindar insiden berulang

Malaysia Airlines (MAS) seolah-olah berdepan krisis keyakinan dengan kekerapan insiden melibatkan pesawatnya, menurut Presiden MCA Wee Ka Siong.

Wee yang juga bekas menteri pengangkutan berkata, jika insiden terus berlaku, ia akan menjejaskan reputasi negara dan berisiko membawa kerugian kepada Malaysia Aviation Group (MAG).



“Oleh kerana kerap sangat insiden pendaratan cemas dan masalah teknikal seumpama ini berlaku melibatkan pesawat MAS, maka orang ramai tertanya-tanya, ‘apa sudah jadi dengan MAS? Selamat atau tidak menaiki pesawat MAS?’” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Wee menggesa kerajaan dan Kementerian Kewangan untuk segera menyiasat dan membantu MAS untuk menghindari kejadian serupa daripada berlaku di masa akan datang.

Hantaran itu turut menyenaraikan beberapa insiden melibatkan pesawat MAS sejak tahun lalu:

9 Jan 2023 – Pesawat Airbus A330 MAS dari Kuala Lumpur ke Melbourne terpaksa membuat pendaratan cemas susulan masalah sistem bahan api semasa penerbangan. Pesawat mendarat dengan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.



3 April 2023 – Sebuah pesawat MAS terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur kerana menghadapi masalah teknikal. Insiden ini menarik perhatian kerana laluan penerbangannya yang tidak menentu, yang diakui sendiri oleh penumpang dan pengawal trafik udara.

10 Julai 2023 –
Pesawat MAS yang menuju ke Kuching terpaksa membatalkan penerbangannya di KLIA selepas mengalami masalah teknikal. Semua penumpang selamat selepas penerbangan ditangguhkan.

14 September 2023 – Pesawat Boeing 737-800 MAS mengalami masalah semasa berlepas di landasan Lapangan Terbang Melbourne. Pesawat tersebut meneruskan penerbangannya selepas isu itu diselesaikan.

Insiden ini berlaku hanya beberapa hari selepas kejadian sama menimpa syarikat penerbangan lain di lapangan terbang yang sama, mendorong siasatan dijalankan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.

20 Jun 2024 – Penerbangan ke Kuala Lumpur melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Hyderabad di India kerana masalah enjin. Penerbangan itu membawa lebih 100 penumpang dan semuanya mendarat dengan selamat.



24 Jun 2024 – Penerbangan MH780 dari Kuala Lumpur ke Bangkok terpaksa berpatah balik ke KLIA kerana isu tekanan. Pesawat membuat pendaratan cemas dan mendarat dengan selamat.

16 Ogos 2024 – Penerbangan dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa melakukan pendaratan cemas di Alice Springs kerana berdepan masalah enjin.

“Insiden terbaru berlaku dua hari lalu, iaitu pada 21 Ogos, apabila MH386 dari Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Shanghai terpaksa berpatah balik ke KLIA selepas mengalami masalah tekanan kabin,” katanya lagi.

‘Diabai’ kru



Terdahulu, The Star melaporkan isu-isu tersebut mencetuskan kemarahan di kalangan penumpang dn membangkitkan gesaan agar pelan kecemasan dan luar jangka dirangka untuk menanganinya.

Antaranya penumpang warga British, Dr Edward Harcourt yang menaiki pesawat MH001 yang berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow London pada 4 Ogos, membawa 16 kru dan 280 penumpang.

Penerbangan terpaksa diubah hala ke Doha ekoran masalah teknikal.

Menurut Harcourt, selepas tiga jam berlepas, pengumuman dibuat untuk memaklumkan pesawat akan membuat pendaratan tak berjadual kerana sistem navigasi cuaca tidak berfungsi.



“Kami diabaikan oleh kru pesawat semasa tengah malam dan kakitangan tempatan (Qatar) tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk kami,” katanya lagi. Mk

MAS dilanda krisis keyakinan, kerajaan perlu hindar insiden berulang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’

Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker