Lepas puas gaduh, Shuk, Fara tunai umrah bersama

Lepas puas gaduh, Shuk, Fara tunai umrah bersama

SELEPAS canang satu Malaya rumah tangga berdepan konflik, pelawak Shuk Sahar dan isteri, Fara Salleh dilihat sudah berbaik apabila mengerjakan umrah bersama.

Perkara tersebut dikongsi Fara dalam Insttagram dengan menzahirkan rasa syukur menjadi tetamu Allah dengan suami tercinta.



Alhamdulillah diizinkan Allah,” tulisnya ringkas.

Menerusi foto yang dimuat naik dalam Instagramnya, wanita itu dilihat bergambar bersama Shuk di hadapan Masjid Nabawi.

Sebelum hantaran tersebut dimuat naik, Fara turut memuat naik InstaStory menunjukkan gambar pasport yang tertera namanya dan bekas peserta Raja Lawak itu dengan kapsyen: ‘Healing’.

Rata-rata mendoakan hubungan pasangan ini menemui jalan penyelesaian selain berharap mereka kekal sebagai suami isteri dan tidak memperbesar-besarkan masalah rumah tangga dalam media sosial.



“Semoga kalian terus dilimpahi rasa kasih dan cinta dengan rahmat Allah,” kata pengikut.

Selepas ini, kalau gaduh hal dalam kain jangan muat naik dalam media sosial. Bila dah macam-macam keluar dari mulut perempuan, tiba-tiba berbaik tak ke aib jadinya,” ujar netizen.

“Isteri kena belajar bersabar dalam emosi, jaga air muka suami. Dah berumah tangga baik buruk semua kena simpan sendiri,” nasihat peminat.

Minggu lalu, Fara mengejutkan ramai apabila menyatakan kesal berkahwin seolah-olah memberi bayangan rumah tangganya dengan Shuk yang belum pun mencecah setahun dalam berantakan.



Sebelum ini, Shuk mendedahkan dirinya sudah berkahwin kali kedua pada November tahun lalu namun memilih untuk tidak bercerita lanjut perkara itu atas alasan belum masa untuk diuar-uarkan.

Sebelum bersama Fara, Shuk pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada 2015 tetapi bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun. HG

Lepas puas gaduh, Shuk, Fara tunai umrah bersama



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?



‘Pulangkan balik ikan haruan itu’

Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar



Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker