Lelaki ekori pemandu wanita sebab mahu cari isteri

Lelaki ekori pemandu wanita sebab mahu cari isteri

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki warga asing yang berkelakuan mencurigakan dengan mengekori dan mengganggu pemandu wanita, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 35 tahun itu di kawasan Stulang Baru di sini, semalam.



Katanya, siasatan awal mendapati lelaki itu mengekori pemandu wanita terbabit kerana mahu bertanya dan mencari isterinya yang telah meninggalkan rumah.

“Kita telah menerima satu rakaman video yang tular itu kira-kira 2 petang kelmarin, yang mana seorang wanita tempatan berusia 28 tahun yang mendakwa diekori kereta dipandu seorang lelaki di Kampung Melayu Majidee, di sini.

“Bertindak atas maklumat, kira-kira pukul 1 petang semalam, Unit Ronda Selatan (URS) Balai Polis Majidee berjaya mengesan dan menahan suspek di kawasan Stulang Baru di sini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, tular video seorang lelaki warga asing yang memandu Proton Wira berwarna merah dikatakan mengekori pemandu wanita dan memaksa mangsa membuka tingkap atau pintu kereta.



Menurut Raub, soal siasat awal mendapati suspek menahan kereta secara rambang untuk melihat sama ada isterinya berada dalam kereta itu atau tidak.

Katanya, hasil semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau. Bagaimanapun, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.

“Kita menerima dua laporan polis oleh suspek berdepan kejadian itu. Semakan lanjut ke atas dokumen pengenalan diri mendapati suspek telah tinggal lebih masa di Malaysia.

“Oleh itu, suspek kini ditahan reman selama 14 hari bermula hari ini sehingga 5 September untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” jelasnya.



Katanya, kes juga disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pada masa sama, Raub menyeru kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh
menghubungi terus di talian Hotline 07-2182323. K Online

Lelaki ekori pemandu wanita sebab mahu cari isteri

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’



Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker