Kejadian tanah mendap di Masjid India berlaku diilokasi yang sama tahun lepas

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata mendapan pernah dilaporkan berlaku tahun lepas di lokasi sama insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata mendapan itu bagaimanapun sudah dibaiki oleh pihak yang berkaitan.

Berhubung insiden seorang wanita warga India dikhuatiri tertimbus pagi tadi, Rusdi berkata usaha mencari mangsa perlu dilakukan dengan perancangan rapi.

“Kita lakukan proses mencari dan menyelamat secara berperingkat kerana Indah Water Konsortium mempunyai pelan mereka dan di dalam sana terdapat aliran air yang deras.

“Saya dimaklumkan jika air ditutup, akan berlaku banjir di kawasan ini… jadi kita perlukan strategi menerusi nasihat Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Rusdi berkata semakan mendapati mangsa berusia 48 tahun itu masuk ke negara ini untuk melancong sejak dua bulan lepas bersama suami dan beberapa individu lain serta dijangka pulang ke negara asal esok.

Beliau berkata pihak kedutaan India sudah dimaklumkan mengenai insiden itu dan diminta supaya melanjutkan tempoh visa mangsa serta keluarganya.

Mengenai arahan menutup operasi perniagaan di kawasan sekitar, Rusdi berkata para peniaga telah dimaklumkan untuk mengambil tindakan itu buat sementara bagi tujuan keselamatan.

Beliau juga berkata insiden itu turut dirakam oleh kamera litar tertutup dan memaparkan mangsa sedang berjalan sebelum terjatuh.

Rusdi berkata ada saksi yang melihat insiden itu namun memaklumkan tidak melihat sebarang pergerakan selepas mangsa terjatuh.

Terdahulu, pasukan penyelamat mengorek kawasan mendapan dengan mesin jengkaut milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan disewa daripada pihak swasta.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Rozihan Anwar Mamat berkata langkah itu bagi meluaskan kawasan pencarian mangsa dalam insiden itu.

JBPM Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.22 pagi dan mengesahkan bahawa seorang pelancong wanita India telah terperangkap.

– Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen

Mula suka, akhir merana

Bekas pembantu korup petik nama Najib

Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker