Hampir 12 jam operasi menyelamat masih gagal temui mangsa tanah jerlus

Mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, pagi tadi masih belum ditemui.

Sehingga jam 8.30 malam ini, pasukan penyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) masih menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa seorang wanita warga India.

Petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut terbabit dalam kerja menyelamat dengan mengerahkan jentera berat seperti jengkaut dan lori pengangkut di lokasi kejadian.



Mangsa, Vijayaletcuhmy, 46, berasal Andhra Pradesh India, terjatuh dalam lubang tanah jerlus sekitar jam 8.25 pagi tadi ketika sedang berjalan dari arah Selangor Mansion menuju ke Wisma Yakin.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, tiba di tempat kejadian jam 8.20 malam tadi bagi meninjau kerja mencari dan menyelamat mangsa.

Beliau diberikan taklimat tentang usaha mencari dan menyelamat oleh pihak bomba.

Tempat kejadian dikawal sepenuhnya oleh Polis Daerah Dang Wangi, bagi mengelak orang awam memasuki kawasan itu serta mengganggu usaha mencari dan menyelamat mangsa.



Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, usaha mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan termasuk memperluas dimensi pencarian kerana ada kemungkinan mangsa dihanyutkan arus deras dalam longkang bawah tanah di kawasan itu.

Katanya, terdapat aliran air yang deras sehingga ke hujung kawasan berkenaan.

 

Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) menjalankan kerja mengeluarkan mangsa dipercayai terjatuh kira-kira 10 meter dalam tanah mendap di Masjid India, Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA
Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) menjalankan kerja mengeluarkan mangsa dipercayai terjatuh kira-kira 10 meter dalam tanah mendap di Masjid India, Kuala Lumpur. – Foto BERNAMA

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen



Mula suka, akhir merana

Bekas pembantu korup petik nama Najib



Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker