Bomba guna jengkaut perluas pencarian mangsa jatuh lubang benam di Masjid India
Bomba guna jengkaut perluas pencarian mangsa jatuh lubang benam di Masjid India
Pasukan penyelamat akan mengorek kawasan mendapan yang berlaku akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India menggunakan mesin jengkaut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Rozihan Anwar Mamat berkata langkah itu bagi meluaskan kawasan pencarian wanita warga India yang terjatuh.
Berikutan perluasan kawasan pencarian, pihaknya juga akan menambah anggota JBPM.
Kita dah buat carian manual tetapi gagal menjumpai mangsa, dijangka dalam waktu terdekat akan sambung buat korekan lebih luas di tempat mendapan, katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Dang Wangi Sulizmie Affendy Sulaiman berkata beliau difahamkan ketika kejadian, mangsa sedang berjalan kaki dari Selangor Mansion ke arah Lebuh Ampang dan kemudiannya duduk di kerusi konkrit yang turut terjatuh bersamanya.
“Buat masa ini, kita akan meneliti rakaman kamera litar tertutup serta mengambil rakaman keterangan saksi yang berada di lokasi kejadian.
Tiada maklumat lanjut yang boleh diberikan buat masa ini termasuk kronologi sebenar insiden… sejurus mangsa ditemukan, kita akan kemas kini maklumat, katanya.
Sementara itu, berhubung keadaan keselamatan kawasan sekitar, Sulizmie berkata pihaknya masih berbincang dengan agensi berkaitan sebelum mengambil langkah sama ada menutup sepenuhnya lokasi kejadian atau sebaliknya.
“Setakat ini usaha menyelamatkan mangsa yang masih ada di bawah sedang dijalankan dan kini kita tunggu jengkaut untuk menggerakkan kerja pencarian.
Kita perlu pertimbangkan nyawa bomba yang melakukan kerja penyelamatan dan buat masa ini, kita belum buat keputusan untuk tutup sepenuhnya sebab kita rasakan masih selamat dan kita akan membuat beberapa analisis dan jika perlu ditutup maka kita akan maklumkan kelak, katanya. FMT
Bomba guna jengkaut perluas pencarian mangsa jatuh lubang benam di Masjid India
Baca Artikel Menarik:
- MAS dilanda krisis keyakinan, kerajaan perlu hindar insiden berulang
- Lepas puas gaduh, Shuk, Fara tunai umrah bersama
- UMNO cadang SRA, SMA, SMKA laksana Program Ulul Albab
- Wanita berpayung ketuk pintu rumah minta RM100
- Wanita gigit hidung jiran kerana bunyi bising ubah suai rumah
- UMNO tak akan berhenti dapatkan keadilan untuk Najib – Zahid
- China beri amaran keras kepada negara yang terima lawatan Dalai Lama
- Dafi tak sentap dibahan netizen
- Teori dakwa Jho Low ialah ‘bayangan’ Najib hanya fiksyen tanpa bukti – Peguam bela
- Dera, liwat pelajar tahfiz, 5 ditahan polis
- Pendang rekod kes dadah paling serius di Malaysia
- Terdapat cek dimasukkan dalam akaun Wan Saiful – Saksi
- Yasin sengaja tanam 140 pokok kanabis, ganja – Hakim Mahkamah Tinggi
- Ular tedung selar sambut jemaah di surau
- Peringatan Darurat Garuda Biru
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen
Bekas pembantu korup petik nama Najib