Ayah Ira Kazar akhirnya bersuara isu perceraian Syamsul dengan anaknya

Ayah Ira Kazar akhirnya bersuara isu perceraian Syamsul dengan anaknya

Pelakon senior, Kazar Saisi akhirnya bersuara, menyeru orang ramai agar menerima setiap dugaan hidup dengan hati yang terbuka dan penuh kesyukuran.

Menerusi perkongsian di InstaStory beliau pada hari ini, Kazar memberikan nasihat agar tidak merungut atau bersedih apabila berhadapan dengan ujian dalam kehidupan.



“Kepada semua sahabat dan teman, ingatlah selalu bahawa tidak kira situasi apapun yang sedang kita lalui sekarang, Allah telah pun memilih kita. Jangan bersedih atau merungut,” kata Kazar.

Nasihat tersebut turut mencerminkan keyakinan Kazar bahawa setiap dugaan yang menimpa seseorang mempunyai hikmah yang tersembunyi, walaupun pada zahirnya sukar untuk difahami.

Beliau menekankan bahawa Allah SWT sentiasa mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan walaupun masa yang diambil mungkin lama, hasilnya adalah yang terbaik.

“Allah SWT tahu apa yang terbaik dan dia akan berikan kita paling baik walaupun mengambil masa yang lama. Berterima kasihlah untuk segalanya. Ucap Alhamdulillah,” tambahnya lagi.



Walaupun Kazar tidak menyebut secara terperinci apakah yang mendorongnya untuk memberikan nasihat tersebut, namun ramai yang mengaitkannya dengan kes perceraian anaknya, Ira Kazar.

Pada 19 Ogos lalu, pengarah terkenal Syamsul Yusof dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap Ira, yang juga dikenali sebagai Faghirah Fatini Kazaruddin. Berita ini telah disahkan oleh peguam Syamsul, Azmi Rais.

Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand, bakal menghadiri sesi pendengaran permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada Selasa depan. Mr

Ayah Ira Kazar akhirnya bersuara isu perceraian Syamsul dengan anaknya



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen



Mula suka, akhir merana

Bekas pembantu korup petik nama Najib



Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker