72 bahagian Umno tuntut pengampunan penuh Najib

72 bahagian Umno tuntut pengampunan penuh Najib

Umno tidak akan menghentikan usaha menuntut keadilan dan membebaskan bekas presidennya Najib Razak dari penjara, kata setiausaha agung parti itu, Asyraf Wajdi Dusuki.

Berucap di Perhimpunan Agung Umno 2024 hari ini, Asyraf berkata sebanyak 72 usul diterima daripada bahagian Umno untuk menuntut pengampunan penuh terhadap Najib.



“Ibu pejabat terima usul daripada 171 bahagian dan usul yang tertinggi yang diperoleh daripada 72 bahagian untuk kita terus menuntut keadilan dan pengampuna penuh kepada bossku Najib Razak.

“Sesunggughnya, selagi bossku terperangkap di tirai besi, suara dan ikhtiar Umno tak pernah terhenti. Malah, berikan kepercayaan dan keyakinan kepada kepimpunan tertinggi.

“Mohon untuk kita terus berdoa kerana berdoa itu senjata kita.

“Semoga ALLAH SWT lembutkan hati dan bukakan jalan, semoga pembebasan najib berlaku berdasarkaqn Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.



Terdahulu, perhimpunan agung parti itu dimulakan dengan pengibaran bendera rasmi Umno – “Sang Saka Bangsa”.

Majlis itu dilaksanakan oleh presiden parti Ahmad Zahid Hamidi, timbalan presiden Mohamad Hasan, Asyraf dan pemimpin parti lain. Mk

72 bahagian Umno tuntut pengampunan penuh Najib

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’



Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker