Takluk: Lahad Datu filem kisah benar

Takluk: Lahad Datu filem kisah benar

Mulai hari ini, Takluk: Lahad Datu iaitu filem aksi perang kepolisan arahan Zulkarnain Azhar dengan skrip dihasilkan Zulkarnain dan Peter Toyat, mula menjengah pawagam di seluruh negara.

Filem diilhamkan daripada kisah benar ini dibintangi pelakon handalan iaitu Eman Manan, Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Anding Indrawani, Riezman Khuzaimi, Josiah Hogan dan Ayez Shaukat.



Turut beraksi dalam naskhah yang dinanti-nantikan ini adalah Fad Anuar, Adam Corrie Lee, Mustaqim Bahadon dan Zarul Umbrella.

Filem yang mengisi tayangan sempena bulan kemerdekaan negara dijangka memberi impak mendalam kepada penonton dengan kisah keberanian dan semangat perjuangan yang ditonjolkan wira negara.

Filem Takluk: Lahad Datu dijangka membawa penonton melalui perjalanan emosi yang mendalam, dengan menceritakan detik tegang ketika operasi ketenteraan pada Krisis Pencerobohan Lahad Datu yang menggemparkan negara pada 2013.

Penonton juga menyaksikan bagaimana anggota keselamatan berjaya menangani situasi genting itu.



Penceritaan dalam filem ini dikatakan sangat dekat dengan realiti, melalui konsultasi rapat bersama pihak yang terbabit dalam operasi sebenar demi memastikan ketepatan sejarah dalam naskhah ini. BH

Takluk: Lahad Datu filem kisah benar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’



Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker