Pemuda Umno bukan ejen PN, kami setia kepada parti – Akmal
Pemuda Umno bukan ejen PN, kami setia kepada parti – Akmal
Dr Akmal Saleh menafikan dakwaan beliau dan Pemuda Umno diketuainya menjadi ejen Perikatan Nasional (PN) seperti didakwa segelintir pihak.
Akmal mengakui beliau banyak bertelagah dengan ‘parti jiran’ (dalam kerajaan perpaduan) sehingga label terbabit dilemparkan terhadapnya, namun perbezaan pendapat tidak mengubah kesetiaan kepada Umno.
“(Saya) banyak bertelagah dengan (parti) jiran sampai ada kata Dr Akmal ini ejen PN dan bawa suara PN.
Pemuda Umno bukan ejen PN. Pemuda Umno terlalu sayang parti, katanya berucap pada Perhimpunan Agung Pemuda Umno 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Beliau turut mengulangi pendirian yang mereka akan menentang sesiapa sahaja termasuk rakan dalam kerajaan perpaduan jika menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja).
“Tahun lepas saya dah pesan tahun ini saya ulang lagi, saya ulang pesanan serupa kami pemuda UMNO boleh kawan dengan sesiapa sahaja.
Tetapi kalau sentuh agama, bangsa dan raja, kami akan bangkit lawan tentang kamu habis habisan, katanya.
Akmal juga berharap pada masa depan Umno tidak hanya menjadi pelengkap tetapi mahu menjadi parti dominan dalam landskap politik negara.
Menurutnya, keadaan itu boleh dicapai dengan memenangi lebih banyak kerusi pada PRU16.
Kena tingkatkan daripada 26 kerusi Parlimen kepada majoriti dua pertiga. Ini baru ‘level’ Umno, katanya.
Beliau turut menyuarakan kesediaan Pemuda Umno bertanding di PRK DUN Mahkota sekiranya diberi kepercayaan sekali lagi selepas kemenangan di Nenggiri.
“Pemuda Umno sedia sekiranya diberi kepercayaan sekali lagi untuk DUN Mahkota.
Nenggiri sudah berjaya. Jika diberi tanggungjawab sekali lagi Pemuda sedia galas di DUN Mahkota, katanya.
Sabtu lalu, calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang PRK Nenggiri dengan majoriti 3,372 undi sekali gus menawan semula kerusi itu. FMT
Pemuda Umno bukan ejen PN, kami setia kepada parti – Akmal
Baca Artikel Menarik:
- RTM tak bayar gaji 3 bulan 700 pekerja sambilan?
- Hanipa tak setuju tindakan diambil terhadap Muhyiddin
- Muhyiddin aset atau liabiliti untuk PN?
- Muhyiddin bertambah pening
- Kenapa Hamzah dan Tuan Ibrahim bercanggah?
- Lipas ‘berkampung’ dalam rak makanan, peniaga medan selera New World Park lari ketika penguatkuasaan
- Khalid Samad utus surat kepada Anwar, ketidakadilan ini perlu segera ditamatkan!
- Jangan ingat kami gembira Syamsul bercerai – Yusof Haslam
- Lelaki Afrika terbabit kes samun ditembak mati (Video)
- Bekas ketua risik ESSCom saman bekas KPN, tuntut ganti rugi RM100 juta
- Tekanan hidup, dadah punca lelaki bunuh isteri dan dua anak
- Arteta upah penyeluk saku
- Polis patut siasat Pemuda Bersatu kerana membuat laporan palsu – Rayer
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ke-2 Terbaik Dunia
- Syamsul ceraikan Ira, Alhamdulillah – Patimah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.