PAS, Bersatu masih berkhayal, UMNO dah lama perjuangkan – Noraini

#PAU2024

PAS, Bersatu masih berkhayal, UMNO dah lama perjuangkan – Noraini

Umno telah lama berbudi kepada Melayu berbanding PAS dan Bersatu yang masih berkhayal dengan imaginasi perjuangan Islam serta Melayu versi mereka, kata Ketua Wanitanya Noraini Ahmad.

Dalam ucapan dasarnya, beliau berkata Umno tidak perlu membuktikan siapa lebih Melayu kerana perjuangannya kepada bangsa telah lama menyala.



“Dalam masa PAS berkhayal dengan negara Islam yang abstrak, Umno telah membina institusi Islam yang konkrit – daripada bank Islam hingga universiti Islam.

“Dalam masa Bersatu berkhayal dengan imaginasi perjuangan Melayu versi mereka, Umno sedang mengangkat martabat Melayu ke persada dunia.

Hakikatnya, Umno tidak perlu membuktikan siapa lebih Melayu kerana kita adalah perjuangan Melayu itu sendiri, katanya pada Perhimpunan Agung Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Beliau berkata kini bukan lagi masa untuk membuktikan siapa lebih Melayu dan juara orang Melayu kerana retorik perkauman hanya akan merosakkan masyarakat.



“Kita sering mendengar tuduhan bahawa politik Melayu dan Islam sedang mengalami kemerosotan, bahawa suara Melayu dan Islam semakin dipinggirkan.

Ada pihak yang mendakwa kerjasama Umno dalam kerajaan perpaduan adalah pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Kita perlu sedar retorik perkauman yang melampau hanya akan merosakkan fabrik sosial masyarakat kita. FMT

PAS, Bersatu masih berkhayal, UMNO dah lama perjuangkan – Noraini

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’



Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker