Jangan tolak anak jantan ke dinding – Bersatu
Jangan tolak anak jantan ke dinding – Bersatu
Seorang pemimpin Bersatu memberi amaran tindakan berterusan mempersoalkan 115 akuan berkanun (SD) menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri pasca PRU15, hanya akan menyebabkan presidennya melawan balik.
Ketua Penerangan Razali Idris berkata dua pemimpin Umno Puad Zarkashi dan Salleh Said Keruak tidak sepatutnya mencabar identiti wakil rakyat menandatangani dokumen itu, sedangkan mereka sendiri telah mengetahuinya.
Menurutnya, lebih banyak akan terbongkar jika kesemuanya menjadi saksi di mahkamah.
Jangan tolak anak jantan ke dinding kerana pilihannya hanya satu iaitu melawan balik, katanya di Facebook.
Muhyiddin sebelum ini mendakwa beliau mempunyai 115 SD daripada Ahli Parlimen yang menyokongnya sebagai perdana menteri selepas PRU15 pada 19 Nov 2022, yang menyaksikan Parlimen tergantung.
Semalam, Muhyiddin menyerahkan beberapa dokumen termasuk 115 SD berkenaan kepada polis selepas disoal siasat mengenai ucapannya semasa kempen PRK Nenggiri yang didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja).
Dalam satu kenyataan, Muhyiddin berkata 114 SD diserahkan kepada Istana Negara pada 21 Nov 2022, sebelum tarikh akhir jam 2 petang yang ditetapkan Istana, manakala satu lagi dihantar pada hari berikutnya.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu disiasat polis susulan penularan video ucapannya yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong, sambil mempersoalkan mengapa beliau tidak dijemput menghadap baginda untuk dilantik perdana menteri.
Bagaimanapun, Muhyiddin menegaskan ucapannya ketika kempen PRK Nenggiri hanya kenyataan fakta, selain membangkitkan jumlah SD yang didakwanya mencukupi untuk dilantik menubuhkan kerajaan pasca PRU15. FMT
Jangan tolak anak jantan ke dinding – Bersatu
Baca Artikel Menarik:
- RTM tak bayar gaji 3 bulan 700 pekerja sambilan?
- Hanipa tak setuju tindakan diambil terhadap Muhyiddin
- Muhyiddin aset atau liabiliti untuk PN?
- Muhyiddin bertambah pening
- Kenapa Hamzah dan Tuan Ibrahim bercanggah?
- Lipas ‘berkampung’ dalam rak makanan, peniaga medan selera New World Park lari ketika penguatkuasaan
- Khalid Samad utus surat kepada Anwar, ketidakadilan ini perlu segera ditamatkan!
- Jangan ingat kami gembira Syamsul bercerai – Yusof Haslam
- Lelaki Afrika terbabit kes samun ditembak mati (Video)
- Bekas ketua risik ESSCom saman bekas KPN, tuntut ganti rugi RM100 juta
- Tekanan hidup, dadah punca lelaki bunuh isteri dan dua anak
- Arteta upah penyeluk saku
- Polis patut siasat Pemuda Bersatu kerana membuat laporan palsu – Rayer
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ke-2 Terbaik Dunia
- Syamsul ceraikan Ira, Alhamdulillah – Patimah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.