Habuan satu kepala RM3.5k
Seludup masuk warga asing.
Habuan satu kepala RM3.5k
Terima ‘habuan’ RM500 hingga RM3,500 bagi setiap ‘kepala’ warga asing yang dibantu melepasi pemeriksaan ketat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, jumlah bayaran lumayan itu diberikan sindiket kepada segelintir anggota penguatkuasa bertugas di KLIA.
“SPRM bagaimanapun berjaya membongkar perbuatan ini hasil risikan dan penyamaran dilakukan pegawai SPRM sejak beberapa bulan lalu.
Menurutnya, tiada angka tetap berhubung jumlah habuan diberikan sindiket berikutan ia tidak membabitkan pemindahan wang ke akaun bank suspek, selain bilangan kemasukan warga asing yang berbeza setiap hari.
“Mungkin mereka ‘belajar’ dari ‘kesilapan’ suspek terdahulu yang pernah ditangkap SPRM dan didakwa di mahkamah. Sebelum ini ada antara pegawai JIM yang ditahan didapati menonjolkan kekayaan luar biasa dan deretan kereta mewah dimiliki.
“Ketika ini pegawai SPRM masih menjalankan siasatan di manakah wang habuan atau suapan diterima itu disembunyikan suspek,” katanya semalam.
Menurutnya, sehingga kelmarin, hanya wang tunai berjumlah puluhan ribu ringgit dipercayai wang sogokan dirampas pegawai SPRM melalui operasi dilakukan.
“Ada kemungkinan suspek ditahan menggunakan proksi untuk menyimpan wang haram diterima daripada sindiket. Setakat ini SPRM masih jalankan siasatan dan yakin lebih banyak bukti dapat dibongkar,” katanya.
Menurutnya, kelima-lima pegawai imigresen lelaki yang ditahan akan disoal siasat bagi mengetahui pembabitan mereka dalam jenayah berkenaan. HM
Habuan satu kepala RM3.5k
Baca Artikel Menarik:
- RTM tak bayar gaji 3 bulan 700 pekerja sambilan?
- Hanipa tak setuju tindakan diambil terhadap Muhyiddin
- Muhyiddin aset atau liabiliti untuk PN?
- Muhyiddin bertambah pening
- Kenapa Hamzah dan Tuan Ibrahim bercanggah?
- Lipas ‘berkampung’ dalam rak makanan, peniaga medan selera New World Park lari ketika penguatkuasaan
- Khalid Samad utus surat kepada Anwar, ketidakadilan ini perlu segera ditamatkan!
- Jangan ingat kami gembira Syamsul bercerai – Yusof Haslam
- Lelaki Afrika terbabit kes samun ditembak mati (Video)
- Bekas ketua risik ESSCom saman bekas KPN, tuntut ganti rugi RM100 juta
- Tekanan hidup, dadah punca lelaki bunuh isteri dan dua anak
- Arteta upah penyeluk saku
- Polis patut siasat Pemuda Bersatu kerana membuat laporan palsu – Rayer
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ke-2 Terbaik Dunia
- Syamsul ceraikan Ira, Alhamdulillah – Patimah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET