Dera, liwat pelajar tahfiz, 5 ditahan polis

Dera, liwat pelajar tahfiz, 5 ditahan polis

Lima ditahan disyaki mendera dan meliwat pelajar maahad tahfiz di Merbok, dekat Sungai Petani, pada Jun.

Ketua Polis Kuala Muda Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata empat daripada mereka ditahan kerana meliwat.



“Kita telah menahan empat individu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat atau persetubuhan luar tabii.

Manakala, seorang lagi ditahan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001. Bagaimanapun semua mereka dibebaskan dengan jaminan polis, katanya kepada Astro Awani.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dengan pengurusan pusat pengajian berkenaan turut dipanggil bagi memberi keterangan.

Dalam pada itu, Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah, Mohd Azam Abd Samat, berkata pihaknya turut dimaklumkan mengenai kejadian itu.



Bagaimanapun, kes terbabit diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

“Saya dimaklumkan Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) bahawa mereka sudah pergi melakukan siasatan di maahad tahfiz berkenaan mengikut bidang kuasa jabatan.

JHEAIK dimaklumkan ibu bapa pelajar turut membuat laporan polis, jadi pihak jabatan tak boleh campur tangan kerana ia dalam siasatan polis, katanya.

Dera, liwat pelajar tahfiz, 5 ditahan polis



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?



‘Pulangkan balik ikan haruan itu’

Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar



Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker