Bekas pegawai khas MP didakwa cabul pelajar

Zainoor Juma’at mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan.

Bekas pegawai khas MP didakwa cabul pelajar

Seorang bekas pegawai khas kepada Ahli Parlimen di Johor didakwa di Mahkamah Sesyen Muar atas tuduhan mencabul seorang remaja perempuan 16 tahun di sebuah kolam renang pada 25 Julai lalu.

Tertuduh, Zainoor Juma’at, 45, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Bayani Mohd Nor, lapor Kosmo!.



Zainoor didakwa menyentuh anggota badan bagi maksud seksual ke atas mangsa di sebuah kolam renang di Sri Gading, Batu Pahat pada pukul 6 petang, 25 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir mewakili pihak pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Siti Aishah Mohd Rais.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 September ini untuk sebutan semula kes.



Bekas pegawai khas MP didakwa cabul pelajar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?



‘Pulangkan balik ikan haruan itu’

Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar



Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker