Scha Elinnea sudah ada ‘buah hati’

Scha Elinnea sudah ada ‘buah hati’

Pengakuan pelakon sensasi, Scha Elinnea mengenai hubungan baik dengan hero gandingan dalam drama Nuh & Nayla, Jazmy Juma disifatkan netizen sebagai ‘syok sendiri’.

Scha atau nama sebenarnya, Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen berkata, hubungannya dan Jazmy tidak lebih seorang kawan dan hanya memperlihatkan rapat ketika menjayakan drama.



“Saya dan Jazmy hanya kawan. Selagi tidak habis drama, saya tidak boleh nak jelaskan apa-apa.

“Sekarang drama sudah habis tayang, jadi saya nak tegaskan kami hanya profesional sebagai kawan, tiada lebih-lebih,” katanya kepada BH Online ketika ditemui pada TikTok Awards Malaysia 2024, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Scha berkata, keakraban yang diperlihatkan dalam drama Nuh & Nayla yang bersiaran di slot Akasia di TV3 bukanlah gimik.

“Bukan gimik, kami lakukan semuanya atas dasar kerja. Saya tak boleh cakap selesa atau tidak selesa, itu adalah tuntutan kerja.



“Saya rasa ramai sudah tahu apa yang kami lakukan untuk menaikkan rating drama. Jadi, ia bukanlah masalah sebab niat saya baik, hanya mahu melihat drama lakonan berjaya.

“Nyata, apa yang kami lakukan berjaya menarik hati penonton,” katanya.

Sebelum ini, keakraban Scha dan Jazmy mendapat sokongan penonton apabila ramai menganggap mereka sesuai sekiranya menjadi pasangan di alam realiti.

Mengulas harapan peminat yang mengharapkannya dan Jazmy bersama, Scha berkata, dia sebolehnya mahu elak cinta lokasi.



“Saya hanya profesional, kalau boleh tak nak bercinta di lokasi. Sebab ia boleh mengganggu emosi bila timbul gosip,” katanya.

Dicuit sama ada mempunyai hati perlu dijaga, Scha mengakui, dia sedang mengenali hati budi seseorang, namun enggan berkongsi lanjut.

“Saya masih single, tapi tidak ‘available’. Saya sedang mengenali seseorang, tapi siapakah gerangannya, biarlah rahsia dulu.

“Sama ada orang industri atau sebaliknya, itu juga tak boleh dikongsi. Kami baru sahaja kenal, setakat ini si dia amat memahami,” katanya.



Langkah awal sebagai model membuka pintu luas buat anak jati Sungai Petani itu bergelar pelakon.

Scha memulakan kerjaya apabila diberi peluang memegang watak Jannah dalam drama Mr Grey. BH

Scha Elinnea sudah ada ‘buah hati’

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’



Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker