Saya antara yang disaman – Ketua Polis KL

Semua orang ada hak failkan saman - Rusdi Isa

Saya antara yang disaman – Ketua Polis KL

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Isa berkata semua orang ada hak untuk memfailkan saman.

Rusdi berkata demikian bagi mengulas saman oleh bekas ketua perisikan ESSCom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) Mat Zaki Md Zain yang menamakan beliau sebagai antara 11 defendan.



“Saya antara yang disaman, semua orang ada hak untuk failkan saman atau apa-apa tuntutan di mahkamah.

Saya tidak boleh komen pasal ini, saya pun tak terima lagi saman itu jadi kita tunggu, katanya kepada wartawan dalam satu sidang media.

Pada 15 Ogos lalu, Mat Zaki bersama tiga yang lain memfailkan saman untuk menuntut ganti rugi RM100 juta daripada 11 defendan termasuk bekas ketua polis negara Acryl Sani Abdullah Sani dan Rusdi.

Saman itu difailkan kerana mendakwa mereka terpaksa berdepan pendakwaan salah di mahkamah atas pertuduhan membunuh seorang pemandu e-panggilan di Tawau, Januari tahun lepas.



Defendan lain antaranya termasuk bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Abd Jalil Hassan, Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa (sebelum ini timbalan pengarah siasatan/perundangan JSJ), Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan (sebelum ini timbalan pengarah risikan/operasi JSJ) dan bekas ketua polis Sabah Idris Abdullah.

Ketua Polis Tawau Jasmin Hussin dan dua pegawai polis Mohd Hashim Hashom serta Yusman Syahri Marinsah.

Menerusi kenyataan, Mat Zaki, 59, berkata kes jenayah terhadap beliau dan tiga plaintif lain tular di media sosial menjejaskan maruah, nama baik serta reputasi mereka.

Januari lalu, Mahkamah Tinggi Tawau melepas dan membebaskan Mat Zaki daripada tuduhan bersubahat membunuh Nurman Bakaratu, 61, di Jalan Anjur Juara, Batu 5 Jalan Apas, kira-kira 8 malam 13 Jan tahun lepas.



Hakim Duncan Sikodol membuat keputusan itu susulan keterangan saksi ke-23, Nurimah Juli, 35, yang mengaku membunuh Nurman iaitu bekas suaminya.

Sementara itu, Rusdi berkata seramai 2,488 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan pada perlawanan akhir Piala FA 2024 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini.

Katanya, antara barang larangan dibawa masuk ke stadium adalah mercun, suar, topi keledar, sebarang objek tajam, minuman keras, payung, pemetik api, rokok dan rokok elektrik, dron, wisel serta pembesar suara.

Penyokong kedua-dua pasukan diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang kekecohan dan sebarang provokasi. Patuhi arahan daripada pegawai dan anggota polis yang bertugas, katanya. FMT



Saya antara yang disaman – Ketua Polis KL

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?



‘Pulangkan balik ikan haruan itu’

Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar



Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker