RTM tak bayar gaji 3 bulan 700 pekerja sambilan?

RTM tak bayar gaji 3 bulan 700 pekerja sambilan?

Kegagalan pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) membayar gaji selama tiga bulan kepada 700 orang pekerja sambilannya seperti didakwa portal media, hanya beberapa hari selepas perdana menteri mengumumkan kenaikan gaji sebanyak 7 hingga 15 peratus untuk kakitangan awam adalah sangat tidak masuk akal.

Menurut Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung, kegagalan di pihak kerajaan itu langsung tidak boleh diterima kerana ia menjejaskan secara terus kehidupan 700 buah isi rumah.



Soal Yee Fung, bagaimanakah mereka yang terlibat mahu meneruskan kehidupan harian apabila mereka tidak menerima gaji sejak bulan Jun lalu.

“Membayar gaji pekerja merupakan tanggungjawab asas kerajaan, justeru kerajaan harus menyiasat dan menjelaskan sebab-sebab terjadinya isu tunggakan gaji di stesen penyiaran awam itu,” katanya dalam kenyataan di ini.

Tegas Yee Fung, kerajaan dan RTM tidak patut mengeluarkan kenyataan kesemua bayaran akan dilunaskan hanya selepas terbongkarnya insiden tersebut, kerana ini bukan sahaja tidak dapat meleraikan kemusykilan, tetapi menambahkan lagi kesangsian orang ramai terhadap kompetensi kerajaan serta RTM dalam pentadbiran dan pengurusan kewangan.

Lantaran itu, katanya, kerajaan harus memberitahu, prosedur di peringkat manakah yang menjadi punca kelewatan itu.



“Jika benar ia masalah prosedur, bagaimana boleh terjadi gaji tidak dibayar tiga bulan sedangkan RTM perlu membayar gaji setiap bulan? Sekiranya ia disebabkan kesilapan manusia, maka sistem akauntabiliti hendaklah diguna pakai, dan mereka yang terlibat hendaklah dipertanggungjawabkan,” tambah beliau.

Yee Fung turut mempersoalkan sama ada kedudukan kewangan kerajaan sekarang adalah kukuh, memandangkan pihak RTM berkata, ia sedang menunggu peruntukan daripada Kementerian Kewangan.

Sekiranya bermasalah, kerajaan hendaklah berterus terang.

“Kalau tidak, rakyat akan tertanya-tanya bagaimana kerajaan boleh membayar gaji yang tertunggak itu, serta RM10 bilion belanja tambahan susulan kenaikan gaji penjawat awam.



“Kami menyeru supaya kerajaan mengambil berat perkara ini, serta memberikan penjelasan yang terperinci, agar tidak menyebabkan krisis keyakinan rakyat dan pelabur terhadap kedudukan kewangan negara,” ujar beliau. MG

RTM tak bayar gaji 3 bulan 700 pekerja sambilan?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu

Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)



‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)

Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker