”Nasib’ Muhyiddin kini di Pejabat Peguam Negara

Kertas siasatan ucapan Muhyiddin Yassin didakwa menyentuh kewibawaan Sultan Pahang ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16 dihantar kepada Pejabat Peguam Negara (AGC), hari ini.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata seramai 66 saksi diambil keterangan bagi membantu kes itu.

“Hari ini, pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman telah selesai mengambil keterangannya dan beliau menjawab semua soalan diberikan.

Susulan itu, kertas siasatan kes tersebut akan diserah kepada AGC untuk tindakan lanjut,



 katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, tular ucapan Muhyiddin dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada kempen PRK Nenggiri, yang mempersoalkan mengapa beliau tidak dijemput menghadap baginda untuk dilantik perdana menteri.

Bagaimanapun, pengerusi Perikatan Nasional itu menegaskan ucapannya ketika kempen tersebut hanya kenyataan fakta, selain membangkitkan jumlah akuan berkanun (SD) yang didakwanya mencukupi untuk dilantik menubuhkan kerajaan pasca PRU15.

Hari ini, Ahli Parlimen Pagoh itu menyerahkan beberapa dokumen kepada polis termasuk akuan berkanun (SD) daripada 115 Ahli Parlimen yang dikatakan menyokongnya sebagai perdana menteri.



Razarudin dilaporkan berkata, siasatan terhadap Muhyiddin dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’



Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker