Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Kelmarin, mayat Nuraina Humaira Rosli, kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang sebelumnya dilaporkan hilang semalaman, ditemui di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah di Sungai Siput, Perak.

Mayat dijumpai kira-kira jam 4.20 petang Sabtu, hasil operasi mencari yang digerakkan sebelum seorang lelaki berusia 27 tahun yang mempunyai hubungan keluarga dengan mangsa ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Terdahulu pada 12 Ogos, polis mengesahkan mayat wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki ditemui dalam tong sampah di tepi jalan Alor Gajah-Tampin berdekatan Kampung Rimau di Pulau Sebang, Melaka pada Januari lalu, dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33, guru dilaporkan hilang pada 27 Disember 2023.

Isnin lalu, peniaga mata wang asing (forex), Mohd Fadzly Ariffadzilah yang juga kenalan mangsa dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membunuh guru berkenaan.

Semalam, penganggur yang terbabit dalam kes bunuh dan bakar rumah hingga mengorbankan ibu dan bapa serta anak saudaranya di Kampung Paya Redan, Pagoh di Muar, Johor pada minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Muar.

Azman Mohamed Nor, 48, berhadapan pertuduhan membunuh ibu, Ara Abd Hamid, 76, dan bapa, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, serta anak saudaranya, Noradriana Nor Hasyim, 11, dalam kejadian antara jam 1 hingga 3 pagi 9 Ogos lalu.



Hujung tahun lalu, mayat kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, kira-kira jam 10 malam pada 6 Disember 2023.

Senarai di atas antara kes kematian tragis, disyaki ada kaitan dengan pembunuhan atau unsur jenayah yang dilaporkan di negara kita kebelakangan ini.

Menjelaskan perkembangan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain hari ini, berkata kebanyakan kes bunuh di negara ini kebelakangan ini membabitkan mangsa dan suspek yang saling mengenali melalui hubungan kekeluargaan atau persabahatan.

Katanya, kes bunuh yang disiasat kebelakangan ini mempunyai faktor sama, iaitu mangsa dan suspek saling mengenali dengan motif utama disebabkan hubungan berubah menjadi tidak baik, masalah perniagaan atau kerana penggunaan bahan terlarang seperti dadah.



“Ada pihak mempersoalkan Malaysia tidak lagi aman, tidak selamat akibat kes bunuh, namun kebanyakan kes ini membabitkan pihak yang saling mengenali,” katanya ketika ditemui media selepas kursus Behavioral Science Unit (BSU) di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini.

Beliau memberi contoh kes kematian Zayn Rayyan, pembunuhan Istiqomah dan sepasang suami isteri bersama cucu mereka di Pagoh, serta budak perempuan usia 10 tahun disyaki dirogol dan dibunuh di Sungai Siput.

“Ramai tanya mengapa lepas satu, satu kes bunuh berlaku. Ini mudah untuk diperkatakan, tetapi ada harga untuk modenisasi dengan zaman yang serba canggih pada masa ini,” katanya menambah kes pembunuhan secara spontan atau mengejut membabitkan mangsa dan suspek yang saling tidak mengenali, amat sedikit dan kecil.

Mohd Shuhaily memberi contoh, kes samun yang kemudian menjadi kes bunuh memang berlaku, tetapi dalam kadar yang begitu kecil berbanding negara lain.



Terdahulu, beliau mengumumkan penubuhan Pasukan Behavioral Science Unit (BSU) dalam JSJ untuk menjadikan siasatan polis lebih efektif, berfokus dan tepat.

“BSU ini dalam konteks mengenal pasti faktor dan dinamika setiap kes jenayah. Dengan penubuhan unit ini, dapat wujudkan profiling individu melibatkan kes jenayah yang kompleks serta dapat meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap proses siasatan polis,” katanya. BH

Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’



Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker