Harga minyak dijangka jatuh akibat permintaan lemah China

Harga minyak dijangka jatuh akibat permintaan lemah China

Goldman Sachs pada Selasa menjangka harga minyak mentah Brent turun kepada AS$68 setong menjelang akhir 2025 jika permintaan minyak dari China kekal lembap hingga akhir tahun hadapan.

Pada Selasa, harga niaga hadapan Brent berada sekitar AS$77 setong pada pukul 11:46 pagi EDT (1546 GMT), manakala harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) di Amerika Syarikat pula sekitar AS$74.16.



Penganalisis di Goldman Sachs dalam satu nota menyatakan: “Permintaan minyak yang lembap dari China dan risiko penurunan pertumbuhan KDNK China mengukuhkan pandangan kami bahawa risiko kepada julat harga Brent AS$75 hingga AS$90 pada tahun 2025 cenderung ke arah penurunan.

“Data yang dikeluarkan pada Khamis menunjukkan ekonomi China kehilangan momentum pada bulan Julai dengan harga rumah baharu jatuh pada kadar terpantas dalam sembilan tahun, pengeluaran industri perlahan, dan kadar pengangguran meningkat.

“Penapisan minyak di China juga menurun secara mendadak bulan lalu sebagai tindak balas kepada permintaan bahan api yang lemah. Kami menyimpulkan bahawa peralihan bahan api jalan raya dari minyak kepada tenaga (melalui kenderaan elektrik) dan gas asli cecair (LNG) menjelaskan sebahagian besar kelembapan dalam pertumbuhan permintaan di China,” katanya.

Goldman juga menganggarkan penurunan ketara dalam pertumbuhan permintaan minyak China tahun ke tahun kepada 0.2 juta tong sehari pada separuh pertama 2024 dan penurunan tahunan pada musim panas ini.



Minggu lalu, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengurangkan unjuran pertumbuhan permintaan minyak untuk tahun ini dan 2025, dengan alasan kelembapan di China. BH

Harga minyak dijangka jatuh akibat permintaan lemah China

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’



Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker