Harga emas dijangka cecah RM421.56 segram tahun depan
Harga emas dijangka cecah RM421.56 segram tahun depan
Harga emas meneruskan kenaikan untuk kekal kukuh melepasi paras AS$2,500 (RM10,926.40) seauns atau RM351.29 segram didorong oleh nilai dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah dan keyakinan pelabur yang semakin meningkat bahawa Rizab Persekutuan (Fed) mungkin akan menurunkan kadar faedah pada September.
Harga spot emas meningkat 0.3 peratus kepada AS$2,510.35 (RM10,971.60) seauns atau RM352.75 segram pada jam 01:44 petang ET (1744 GMT) selepas mencecah paras tertinggi sepanjang masa iaitu AS$2,531.60 (RM11,064.50) atau RM355.74 segram pada sesi dagangan awal.
Niaga hadapan emas AS ditutup 0.4 peratus lebih tinggi pada AS$2,550.60 (RM11,147.60) atau RM358.41 segram.
Indeks dolar jatuh ke paras terendah dalam tujuh bulan, menjadikan emas lebih menarik bagi pemegang mata wang lain, manakala hasil bon AS 10-tahun turun.
“Pemacu utama pergerakan harga emas adalah permintaan pelaburan kewangan, terutamanya dengan pembelian ETF yang semakin meningkat dan sentimen keseluruhan yang bertambah baik apabila jangkaan kitaran pelonggaran Fed bermula pada September,” kata Ketua Komoditi Amerika Uttara Citi Research, Aakash Doshi.
Emas boleh mencecah AS$3,000 (RM13,111.70) seauns atau RM421.56 segram menjelang pertengahan 2025 dan AS$2,600 (RM11,363.50) atau RM365.35 segram menjelang akhir 2024, tambah Doshi.
Pegangan SPDR Gold Trust GLD, dana dagangan bursa bersandarkan emas terbesar di dunia, melonjak ke paras tertinggi dalam tujuh bulan kepada 859 tan pada hari Isnin.
Pasaran sedang menetapkan harga dengan kira-kira 71.5 peratus potensi bahawa Fed akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada bulan September, menurut Alat FedWatch CME.
Peniaga memantau dengan teliti minit mesyuarat dasar Fed pada Julai yang akan dikeluarkan pada Rabu dan ucapan utama Pengerusi Fed, Jerome Powell di simposium Jackson Hole pada hujung minggu ini untuk mendapatkan lebih banyak petunjuk mengenai penurunan kadar.
Kedudukan dalam emas mungkin terlalu meluas, dengan jangkaan pengurangan kadar faedah Fed yang signifikan mungkin membawa kepada pembetulan jika naratif itu dipertikaikan, kata Pakar Strategi Komoditi TD Securities, Daniel Ghali.
Emas yang cenderung berkembang dalam persekitaran kadar faedah rendah, telah meningkat lebih daripada 20 peratus setakat tahun ini dan menuju ke tahun terbaik sejak 2020.
“Ketidakpastian geopolitik, peningkatan minat spekulatif, dan aliran masuk ETF global yang besar terus memacu trend bullish dalam emas,” kata Pakar Strategi Pasaran Majlis Emas Dunia, Joseph Cavatoni. BH
Harga emas dijangka cecah RM421.56 segram tahun depan
Baca Artikel Menarik:
- RTM tak bayar gaji 3 bulan 700 pekerja sambilan?
- Hanipa tak setuju tindakan diambil terhadap Muhyiddin
- Muhyiddin aset atau liabiliti untuk PN?
- Muhyiddin bertambah pening
- Kenapa Hamzah dan Tuan Ibrahim bercanggah?
- Lipas ‘berkampung’ dalam rak makanan, peniaga medan selera New World Park lari ketika penguatkuasaan
- Khalid Samad utus surat kepada Anwar, ketidakadilan ini perlu segera ditamatkan!
- Jangan ingat kami gembira Syamsul bercerai – Yusof Haslam
- Lelaki Afrika terbabit kes samun ditembak mati (Video)
- Bekas ketua risik ESSCom saman bekas KPN, tuntut ganti rugi RM100 juta
- Tekanan hidup, dadah punca lelaki bunuh isteri dan dua anak
- Arteta upah penyeluk saku
- Polis patut siasat Pemuda Bersatu kerana membuat laporan palsu – Rayer
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ke-2 Terbaik Dunia
- Syamsul ceraikan Ira, Alhamdulillah – Patimah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Pulangkan balik ikan haruan itu’
Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16