Syamsul lakukan dengan kerelaan hati – Puteri Sarah

Puteri Sarah tak nak campur urusan Syamsul

Syamsul lakukan dengan kerelaan hati – Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 39, enggan mencampuri urusan rumah tangga membabitkan bekas suaminya, Syamsul Yusof yang dilaporkan bakal bercerai dengan isterinya, Ira Kazar.

Puteri Sarah ketika dihubungi berkata, dia enggan mengeruhkan keadaan dengan kenyataan yang bakal diberikan.



“Saya sedar ramai yang mahu saya bersuara mengenai perkara ini sejak semalam, tapi saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan jawapan yang anda inginkan.

“Saya tidak mahu kenyataan saya memberi impak negatif atas kesulitan orang lain.

“Saya percaya apa sahaja keputusan yang dibuat Syamsul adalah atas kerelaan hatinya dan tiada paksaan daripada sesiapa,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Puteri Sarah, dia kini bahagia melayari kehidupan sebagai ibu tunggal kepada dua anak.



“Saya bahagia dengan cara saya sendiri. Saya tiada masa nak fikir mengenai masalah orang lain kerana fokus saya adalah pada anak-anak,” katanya.

Semalam, dilaporkan Syamsul sudah memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Ia adalah pernikahan kedua Syamsul selepas berpisah dengan Puteri Sarah pada 14 Jun tahun lalu.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.



Pada 6 Januari tahun lalu, Syamsul akhirnya mengotakan janji untuk meletak titik noktah pada teka-teki perhubungannya dengan Ira apabila mengakui sudah menikahi wanita itu di Thailand. BH

Syamsul lakukan dengan kerelaan hati – Puteri Sarah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu

Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)



‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)

Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker