Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Peguam syarie mewakili pengarah kontroversi Syamsul Yusof, iaitu Azmi Mohd Rais mengesahkan anak guamnya memfailkan perceraian terhadap isteri, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, kira-kira jam 2 petang tadi.

Azmi berkata, Syamsul memfailkan perceraian atas alasan tiada persefahaman dengan isteri. Namun, maklumat lanjut mengenai perkara itu belum boleh dikongsi.



“Iya, Syamsul sudah failkan cerai pada jam 2 petang tadi. Alasannya, tiada persefahaman. Nanti saya akan maklumkan maklumat mengenai sebutan seterusnya. Saya akan sahkan tarikh sebutan kemudian.

“Tapi, memang Syamsul sudah failkan (perceraian) petang tadi,” katanya.

Dilaporkan Syamsul, 40, didakwa sudah memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Sumber dilapor berkata, tindakan itu dibuat selepas tidak ada lagi persefahaman antara mereka.



Terdahulu, pada Oktober tahun lalu timbul khabar angin mengenai perceraian pasangan ini.

Syamsul dan Ira atau nama sebenar, Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Perkara itu disahkan Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.

Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu. BH



Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu



Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)

‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)



Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker