Perceraian Syamsul – Ira Kazar, ini komen Yusof Haslam

Perceraian Syamsul – Ira Kazar, ini komen Yusof Haslam

Pengarah Datuk Yusof Haslam memaklumkan tidak tahu-menahu tentang berita anaknya, Syamsul Yusof dikatakan memfailkan perceraian terhadap Ira Kazar hari ini.

Katanya, dia dan isterinya, Datin Patimah Ismail telah terputus hubungan dengan Syamsul hampir lima tahun lalu sekali gus tidak mengetahui sebarang perkembangan terkini anak sulung mereka itu



“Memang saya baru tahu pasal (permohonan cerai) ini daripada awak. Kalau awak tak maklumkan saya langsung tak perasan.

“Syamsul dah lama tak hubungi kami apatah lagi balik ke rumah ini. Jadi, untuk saya komen hal ini macam tak kena pula sebab saya dan ibu Syamsul tak dapat perkhabaran apa-apa.

“Sama ada benar atau tidak Syamsul failkan perceraian terhadap isterinya, lebih baik tanya tuan punya diri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Menurut bapa kepada tiga anak itu, meskipun terkejut mendengar khabar tersebut, dia hanya mampu mendoakan kesejahteraan Syamsul.



Akui Yusof, sebagai ibu bapa dia dan isteri tidak pernah membuang atau mengetepikan Syamsul sebaliknya hanya menunggu pelakon itu pulang ke pangkuan keluarga.

“Saya sendiri dah sampai ke tahap reda. Apabila dia berkahwin baharu dan kemudian bercerai dengan Puteri Sarah, saya cuma mampu berlapang dada kerana anggap semua ini ketentuan Allah. K Online

Perceraian Syamsul – Ira Kazar, ini komen Yusof Haslam

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu

Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)



‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)

Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker