63 rakyat Palestin selamat tiba di Malaysia
63 rakyat Palestin selamat tiba di Malaysia
Dua pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, hari ini.
Pesawat pengangkut Airbus A-400M itu mendarat kira-kira 2 petang dan 2.15 petang.
Pesawat membawa keseluruhan 63 rakyat Palestin termasuk kanak-kanak yang cedera bagi menerima rawatan di negara ini.
Semua rakyat Palestin itu menerima rawatan awal di Hospital Medan di pangkalan berkenaan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut menyambut ketibaan rakyat Palestin.
Tinjauan mendapati rata-rata rakyat Palestin dilihat ceria sejurus tiba dan menerima rawatan di Hospital Medan.
Pada 4 Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pidato dalam acara kemuncak pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil. HM
63 rakyat Palestin selamat tiba di Malaysia
Baca Artikel Menarik:
- Gaji kumpulan pelaksana naik 15 peratus, pengurusan tertinggi 7 peratus
- 11 hari tidur atas lantai simen lokap SPRM – Zarul
- Kamu nak dakwa siapa? – Aufahanie
- Pemain bola sepak bawa senjata dipenjara 14 hari
- ‘Samseng taik kucing’ acu pistol mainan adik
- Jawatan PM Thailand kembali kepada keluarga Thaksin
- Saya bukan Papagomo – Wan Azri
- Pakar Hospital Queen Elizabeth 2, UMS, bedah otak pesakit secara sedar
- Balik umrah pakai seksi, ini kata Eyka Farhana
- Akmal bidas Teresa kerana dakwa tak hormat keputusan mahkamah
- Tumbuk pemandu OKU: LFL mahu pertuduhan jenayah bukan tindakan tatatertib
- ‘Gadis kampung’ jadi Datuk Bandar KL
- Akhirnya Nidza Afham menjadi ‘terkenal’
- Buat malu nama Malaysia saja
- Intan dipukul suami kerana tonton video lucah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Iqram Dinzly sound balik Fara Salleh, ‘play victim’ macam awak ‘angel’
Starbucks pecat CEO kerana tak bawa keuntungan