PH beri sokongan kepada BN yang bertanding pada PRK DUN Mahkota, Kluang
PH beri sokongan kepada BN yang bertanding pada PRK DUN Mahkota, Kluang
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia tanda solidariti ataupun kesepakatan parti gabungan kerajaan kepada BN.
Seperti mana kehadirannya di Gua Musang hari ini adalah bertujuan untuk memberi sokongan kepada calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.
“Saya hadir (ke Nenggiri) memberi sokongan…tanda solidariti kami akan terus membantu untuk mempertahankan kerusi DUN Mahkota.
“Tapi sebelum ke Mahkota kita selesaikan dulu urusan di Nenggiri,” katanya ketika berucap pada program Temu Mata bersama Penduduk Meranto, Gua Musang, petang ini.
Kenyataan Saifuddin itu dibuat ketika Amanah dan Umno dilihat masih bertelagah mengenai calon yang akan dipertaruhkan dalam PRK Mahkota – yang terletak dalam kawasan parlimen Kluang, Johor – bulan depan.
Awal hari ini Amanah Kluang berkata, mereka bukannya menuntut untuk mendapatkan kerusi Mahkota dan mengabaikan semangat kerajaan perpaduan.
Sebaliknya, Ketua Amanah Kluang Mohd Zuhan Mohd Zain mengingatkan bahawa kerajaan perpaduan belum terwujud di Johor.
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, meskipun partinya pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan, namun pendirian tersebut bukanlah muktamad.
Malah, katanya Amanah memang sedia bertanding dalam sebarang PRK, termasuk di Mahkota jika dirasakan perlu.
Setakat ini, Majlis Presiden PH yang bermesyuarat minggu lalu belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai calon yang bakal mewakili kerajaan perpaduan.
Saifuddin juga adalah pemimpin utama PKR yang turun membantu kempen calon BN bagi PRK DUN Nenggiri.
Sebelum ini, Umno juga mendesak supaya DAP tidak membantu kempen di Nenggiri kerana bimbang ia akan menjejaskan undi di kerusi majoriti Melayu di negeri yang didominasi PAS itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 September ini.
Pengerusi SPR, Ramlan Harun, berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September ini.
PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Sharifah Azizah Syed Zain, 64, meninggal dunia pada 2 Ogos lalu. Mk
PH beri sokongan kepada BN yang bertanding pada PRK DUN Mahkota, Kluang
Baca Artikel Menarik:
- Mirzan dan Mokhzani diberi lanjutan akhir isytihar aset
- PAU 2024: Umno tak jemput pemimpin parti kerajaan perpaduan
- Lindungi premis haram, Timbalan Pengarah bersama 5 penguat kuasa PBT didakwa esok
- Anwar tak faham perdagangan – Azmin
- Paderi ditahan disyaki cabul remaja 13 tahun
- Amuk bawa pisau di stesen KTMB, lelaki ditahan
- Tutup kes rogol, pegawai penguat kuasa dicekup
- Wajib bantah keputusan KDN batal larangan komik Hew – Puad
- Mencuri bersama, kena kejar, suami lari tinggal isteri
- Bakal pengantin tertipu, dewan kosong, pelamin tak siap
- Hang Tuah kalah kes mahkamah terhadap Hang Jebat
- Bapa saudara maut ditikam anak saudara
- Zawawi akan saman Takiyuddin
- Wan Fayhsal ketagih perhatian – Fahmi
- Dakwaan anak saya seludup RM2 juta berita palsu – Guan Eng
Layari Laman Facebook MYKMU.NET