Balik umrah pakai seksi, ini kata Eyka Farhana

Balik umrah pakai seksi, ini kata Eyka Farhana

Disebabkan penampilan seksi selepas sekembali mengerjakan umrah, pelakon Eyka Farhana terus dihukum netizen dengan pelbagai cemuhan selepas foto terbaharu tular dalam media sosial.

Segala amal ibadat dilaksanakan pelakon sensasi itu ketika berada di Tanah Suci turut dipersoalkan ekoran gaya pemakaiannya yang mengenakan blaus singkat atas paha ketika menghadiri acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW), baru-baru ini.



Menerusi ruangan komen, ramai berpendapat pemilik nama sebenar, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 29, itu tidak wajar bergaya mencolok mata memandangkan baru pulang mengerjakan umrah.

Ramai berpendapat, penampilan Eyka sepatutnya berubah sesuai dengan situasi dirinya yang baru selesai menjalani sesi penyucian jiwa itu.

Meskipun menerima banyak komen negatif mencacinya, namun Eyka tetap menghargai setiap teguran diberikan.

Cuma, kata Eyka, buat masa ini, dia masih belum bersedia untuk membuat perubahan dari segi penampilan diri seperti diharapkan.



“Jujurnya, soal penampilan atau perubahan diri terlalu peribadi untuk diperkatakan. Saya faham pengikut mengharapkan perubahan bila saya pulang mengerjakan umrah seperti memakai tudung dan sebagainya.

“Tapi, mungkin perkara itu belum lagi buat saya. Saya juga mohon maaf jika pakaian saya terlalu berlebihan.

“Insya-Allah, manalah tahu saya akan berubah suatu hari nanti. Manusia kalau nak berubah tak semestinya berlaku bila balik umrah sahaja.

“Dekat Malaysia pun boleh berubah jika diizinkan. Mungkin orang selalu bercakap soal saya sebab mereka sayang dan ambil berat.



“Saya sangat memahami niat mereka dan tak pernah salahkan mereka. Cuma apa yang boleh saya katakan, moga saya akan berubah dan dapat memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik,” katanya kepada BH Online.

Bukan sahaja dikecam sekembali dari Tanah Suci, malah kesabaran pelakon drama rantaian popular Melur Untuk Firdaus 2 itu turut diuji apabila ‘dibantai’ netizen yang nyata tidak senang dengan tindakannya kerap berkongsi foto ketika berada di bumi Anbia itu.

Malah, mereka turut menasihati pelakon sensasi itu fokus kepada ibadah tanpa perlu kerap menayang diri dalam media sosial.

Tampil mempertahankan diri, artis serba boleh ini berkata, niatnya hanyalah untuk berkongsi keterujaan dan momen menarik dilaluinya sepanjang berada di kota Makkah dan Madinah itu.



“Saya memang suka ambil gambar. Kalau pergi mana-mana, saya tetap rakamkan momen atau tempat menarik yang saya kunjungi, bukannya di Tanah Suci sahaja.

“Lagipun banyak tempat yang cantik di Tanah Suci yang perlu saya kongsi. Selain dapat tunjukkan keindahan bumi Anbia, dapatlah juga saya mendorong pengikut untuk pergi ke sana.

“Kalau nak kata saya tak fokus ibadat, itu memang tidak benar. Lagipun, tak semua benda saya kena kongsi dalam media sosial terutamanya soal ibadah,” jelas pengacara, model dan penyanyi ini.

Diajak bercerita pengalamannya mengerjakan umrah bersama adik dan pelakon Bella Astillah, Eyka mengakui, hatinya sayu apabila terkenangkan betapa dekatnya di sisi Allah ketika di Tanah Suci.



“Masa mula-mula nak pergi umrah, perasaan teruja silih ganti. Teruja kerana ini kali pertama saya diundang menjadi tetamu Allah.

“Perasaan bimbang pula selepas menyedari kekhilafan yang saya lakukan selama ini. Sebagai manusia, kita tak lepas dari melakukan dosa.

“Bila berada di Tanah Suci, saya dapat rasakan ketenangan yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

“Bahkan setiap kali beribadat, terasa seperti Allah begitu dekat dengan diri ini. Situasi itulah yang membuatkan hati tersentuh,” imbaunya.



Sementara itu, mengulas khabar yang mengatakan dirinya sudah dirisik dan mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, Eyka hanya akan berkongsi perkara itu jika ia benar-benar berlaku.

“Dari mana dengar berita ini? Kalau betul ada majlis merisik atau bertunang, saya akan beritahu. Sudah pasti saya akan umumkan berita gembira dalam media sosial,” ungkapnya.

Terdahulu, kunjungan Eyka ke Tanah Suci untuk menjalani penggambaran drama Satu Hari Nanti arahan Pali Yahya terbitan Mache All Star United sebanyak 16 episod untuk siaran iQIYI pada September ini. BH

Balik umrah pakai seksi, ini kata Eyka Farhana

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rakan Shuk dedah perangai Fara Salleh

Malu dapat, sakit pun dapat

Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata

Nora diceraikan suami menerusi rakaman video

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker