Wajib bantah keputusan KDN batal larangan komik Hew – Puad

Wajib bantah keputusan KDN batal larangan komik Hew – Puad

Seorang pemimpin Umno menggesa parti itu terus membantah keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik semula larangan mencetak dan mengedar komik kontroversi ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’.

Komik itu ditulis bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi berkata rakyat kecewa dengan keputusan KDN itu dan kerajaan wajar mencari jalan supaya larangan berkenaan diteruskan.

Umno wajib membantah keras, katanya di Facebook, sambil menambah komik itu jelas mengagungkan Chin Peng, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya.

“Ia jarum halus sebar komunisme. Ramai anggota keselamatan (menjadi) korban perjuangan bersenjatanya.

Selepas negara merdeka, dia (Chin Peng) terus berjuang dalam hutan menentang kerajaan yang sah dan dipilih rakyat. Ideologi komunis menolak Raja Raja Melayu. Ia ancam kestabilan, katanya.

Perintah larangan terhadap penerbitan komik kontroversi itu diwartakan pada 2019, namun ia ditarik balik.

Perkara itu terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 12 Ogos 2024, yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, pada 6 Ogos.

Bagaimanapun, Pemuda Umno semalam menggesa kerajaan pertimbang untuk memohon semakan terhadap keputusan mahkamah itu.

Mahkamah Rayuan pada 26 Julai 2022 memutuskan komik berkenaan tidak mengandungi bahan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Sebelum itu pada 25 Mei, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Hew untuk membatalkan larangan ke atas komik itu.

Perintah larangan diwartakan pada 2019, apabila kerajaan mendakwa ia mempunyai kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan, serta mungkin menggemparkan fikiran orang ramai.

Ia dikatakan cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme, menyebarkan fakta salah dan menggelirukan mengenai komunis, serta mengandungi unsur membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan komunis, antara lain.

Pada 8 Dis 2022, kerajaan dilapor gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk mengembalikan larangan ke atas penerbitan komik berkenaan. FMT

Wajib bantah keputusan KDN batal larangan komik Hew – Puad

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca Cikgu Istiqomah dibunuh

Takiyuddin kantoi (Video)

Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim

KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker