Pemimpin Bangladesh jamin lindungi minoriti – Anwar
Pemimpin Bangladesh jamin lindungi minoriti – Anwar
Pemimpin sementara Bangladesh Muhammad Yunus memberi jaminan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa layanan saksama akan diberikan kepada semua warga Bangladesh, termasuk golongan minoriti.
Perkara itu didedahkan Anwar selepas menghubungi “sahabat lamanya” malam tadi bagi mengucapkan tahniah susulan pelantikannya sebagai ketua penasihat kepada kerajaan interim Bangladesh.
“Prof Yunus mempunyai sejarah hubungan yang baik dengan Malaysia.
“Justeru, saya telah memberi jaminan kesediaan Malaysia untuk membantu Bangladesh mengembalikan keamanan dan ketenteraman ke arah pembangunan semula negara itu.
“Saya juga gembira dengan jaminan yang diberikan oleh beliau untuk melindungi dan memberi layanan yang saksama kepada semua warga Bangladesh termasuk golongan minoriti,” katanya.
Yunus, pemenang Hadiah Nobel Keamanan, menerajui kerajaan sementara yang dibentuk minggu lepas selepas perdana menteri Sheikh Hasina meletak jawatan dan melarikan diri.
Rakyat Bangladesh bangun memberontak terhadap pemerintahan Hasina, bermula dari tuntutan pelajar supaya kerajaan menghapuskan sistem kuota pekerjaan kerajaan.
Lebih 500 orang dilaporkan terbunuh dalam keganasan kira-kira sebulan di negara itu.
Dalam kenyataannya di media sosial pagi ini, Anwar juga berkata Yunus turut mengundangnya melakukan lawatan pendek ke Bangladesh dalam masa yang terdekat.
Lawatan itu, kata Anwar, bagi mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan antara kedua-dua negara.
Serangan terhadap penganut Hindu
Semalam, bekas anggota parlimen DAP Charles Santiago mendesak Anwar bersuara supaya keganasan terhadap penganut Hindu di Bangladesh ditamatkan.
Katanya, terdapat kumpulan-kumpulan Hindu di Malaysia kesal dengan tindakan Anwar berdiam diri dalam isu itu.
Serangan didalangi agen asing dan parti Sheikh Hasina
Sementara itu menurut sumber berita Bangladesh, serangan terhadap minoriti didalangi agen asing dan beberapa pemimpin Pari Liga Awami pimpinan Sheikh Hasina.
Rakyat Bangladesh kebanyakan bersama membantu melindungi minoriti ketika keganasan tercetus. Mereka melindungi rumah-rumah serta tempat ibadat kaum minoriti.
Pemimpin Bangladesh jamin lindungi minoriti – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Mayat tanpa kepala, kaki, tangan dipotong disahkan milik Cikgu Istiqomah
- Kabinet bakal dirombak
- Pemilik kelab bola sepak dalam pemantauan polis
- ASP Razlan mahu subjek tatarakyat kembali diajar di sekolah
- Pelajar madrasah liwat junior mengaku salah
- Lelaki minum racun rumpai selepas tikam isteri meninggal dunia
- PAS ‘jadi abang besar’, ahli Bersatu sepakat protes
- Chef maut motosikal langgar Triton di lorong kecemasan
- Berita baik untuk penjawat awam Jumaat ini – Shamsul Azri
- Kemalangan Keirin: Jangan ‘serang’ pelumba Jepun
- Duta Palestin puji ucapan Steven Sim, tegur pemimpin MCA
- Syasya bunting pelamin?
- Olimpik 2024 paling jahanam
- ‘Sindrom patah jantung’ pembunuh senyap
- Puad sindir baju ‘kayangan’ Annuar Musa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET