Adakah sekarang komik Hew tidak lagi berbahaya? – Kok Seong

Adakah sekarang komik Hew tidak lagi berbahaya? – Kok Seong

Kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memberi penjelasan berhubung keputusan menarik balik perintah larangan penerbitan komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ yang dihasilkan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau.

Pakar sejarah, Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, rakyat ingin mengetahui sama ada kandungan buku itu hari ini tidak lagi memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara seperti ketika kerajaan mengharamkannya lima tahun lalu.

Dalam masa sama, Kok Seong yang juga Felo Majlis Profesor Negara (MPN) menyifatkan keputusan itu amat menyedihkan dan tidak kena pada masanya ketika negara berada dalam bulan kemerdekaan yang sepatutnya menekankan kepada semangat cintakan tanah air.

“Rakyat sangat perlu diberitahu mengapa adanya pusingan `u’ dalam keputusan kerajaan berhubung perintah larangan menerbitkan buku ini.

“Adakah selepas lima tahun, KDN mendapati tidak ada lagi sebarang ancaman yang boleh memudaratkan keamanaan dan keselamatan negara dalam kandungan komik yang mempromosikan ideologi komunis ini?” katanya kepada MalaysiaGazette di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Kok Seong turut melahirkan rasa hairan dengan tindakan segelintir kaum Cina di negara ini yang dilihat begitu proaktif mempromosikan negara China berbanding negara sendiri.

Jelas beliau, walaupun China ketika ini merupakan negara yang semakin terbuka kepada dunia luar, namun paksi pentadbiran negara itu masih berpaksikan kepada ideologi komunis.

Ujarnya, tindakan sebegitu boleh menimbulkan syak wasangka dan rasa curiga dalam kalangan kaum serta etnik lain di negara ini berhubung kesetiaan dan ketaatan kaum Cina terhadap tanah air.

“Sepatutnya keterikatan orang Cina itu lebih kepada negara kita, Malaysia.

“Mereka sepatutnya menjadi rakyat Malaysia berketurunan Cina, bukannya orang Cina dari Malaysia yang kefahaman kepada negara China itu lebih besar dan lebih diutamakan berbanding kefahaman kepada negara kita,” katanya.

Media semalam melaporkan KDN membatalkan Perintah Larangan terhadap penerbitan komik berjudul ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ tulisan Kuan Yau yang sebelum ini diwartakan pada 2019.

Perkara itu terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 12 Ogos 2024, yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bertarikh 6 Ogos lalu.

Berdasarkan warta itu, pembatalan Perintah Larangan tersebut membabitkan penerbitan komik itu dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris yang bertajuk ‘Belt and Road Initiative for Win-Winism’ dan bahasa Cina.

Perintah Larangan itu sebelum ini dibuat KDN kerana terdapat kandungan mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan serta mungkin menggemparkan fikiran orang ramai.

Ini kerana kandungan penerbitan itu antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme, menyebarkan fakta salah dan mengelirukan mengenai komunis serta mengandungi unsur membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan komunis.

Pada 8 Disember 2022, Kerajaan Persekutuan gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk mengembalikan semula larangan ke atas penerbitan komik terbabit.

Peguam Vince Tan Hoo Seh, yang mewakili Kuan Yau memaklumkan, hakim tidak menemui sebarang isu baharu atau persoalan yang dikemukakan kerajaan adalah berhubung kepentingan awam untuk mewajarkan usaha mengembalikan larangan itu. MG

Adakah sekarang komik Hew tidak lagi berbahaya? – Kok Seong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rakan Shuk dedah perangai Fara Salleh

Malu dapat, sakit pun dapat

Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata

Nora diceraikan suami menerusi rakaman video

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker