Sophia saman netizen komen lucah

Sophia saman netizen komen lucah

Pelakon Sophia Albarakbah sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap pelayar media sosial yang meninggalkan komen berbaur lucah atau hinaan terhadap dirinya.

Aktres berusia 31 tahun ini berkata, dia sedang mengumpul bahan bukti seperti tangkap layar mesej berkenaan sebelum meneruskan dengan tindakan selanjutnya.



“Saya banyak terima mesej langsung (DM) yang tidak senonoh. Saya tidak tahu bagi mereka adakah ini perkara lawak dengan menghantar DM tidak senonoh seperti itu.

“Saya sedang menyimpan bukti, semua DM atau komen yang teruk seperti makian dan perkara tidak senonoh semua saya buat tangkap layar untuk dijadikan bahan bukti supaya dapat mengambil tindakan selanjutnya.

“Terserah kepada kalian semua jika mahu terus melakukan perkara itu. Ada banyak yang saya nampak tinggalkan mesej tidak senonoh, jadi saya simpan semuanya sebagai bahan bukti,” katanya ditemui pada sesi tayangan perdana dan sidang media filem terbaharu lakonannya, Harimau Malaya di GSC The Starling, di sini, semalam.

Sophia berkata, dia juga menerima pelbagai mesej berbaur kebencian tanpa mengetahui sebab utama individu terbabit melakukannya.



“Saya tidak pasti sejak bila perkara ini berlaku, tapi bila saya buka sahaja DM, memang ada banyak mesej tidak senonoh dan berbaur kebencian. Ada juga yang bersungguh-sungguh membenci tanpa sebab.

“Ada dua perkara saya terima, iaitu mesej tidak senonoh terutama daripada lelaki. Satu lagi adalah mesej memaki hamun tanpa sebab spesifik.

“Saya tak tahu motif mereka. Boleh dikatakan kira-kira 50 peratus DM saya dipenuhi dengan mesej lucah, tapi saya tidak terus sekat sebab mahu kumpul bukti,” kata Sophia yang turut mengakui dirinya menjadi mangsa buli siber sejak beberapa tahun lalu.

Pelakon berdarah kacukan Arab, Melayu dan Cina itu berkata, ia akan cuba sedaya upaya tidak membaca komen negatif untuk memastikan mentalnya sentiasa dalam keadaan baik.



“Pada awal sudah tentu saya terkesan dengan perkara ini. Tapi, saya tetap perlu bekerja dan hidup seperti biasa. Jadi, saya cuba untuk tidak terlalu baca semua komen atau mesej sebegitu. Saya cuba tapis perkara yang tidak baik seperti itu,” katanya.

Terbaharu, Sophia membintangi filem Harimau Malaya arahan Datuk Afdlin Shauki yang akan menjengah pawagam tempatan mulai 15 Ogos ini bersama barisan pelakon lain seperti Meerqeen, Aidil Aziz, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Zain Hamid, Vanidah Imran, Erra Fazira, Nam Ron, Bell Ngasri, Amelia Henderson, Kavin Jay dan Douglas Lim. BH

Sophia saman netizen komen lucah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca Cikgu Istiqomah dibunuh

Takiyuddin kantoi (Video)



Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim

KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker