Minta cerai sebab Shuk tak pernah berubah – Fara Salleh

Minta cerai sebab Shuk tak pernah berubah – Fara Salleh

Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh mengakui meminta cerai kerana sudah penat melayan kerenah suaminya itu.

Fara berkata, dia sudah hilang sabar dengan perangai Shuk yang sering bercerita mengenai keburukannya kepada kenalan rapat sehingga menjejaskan nama baiknya.



“Saya mengakui ada membuat perkongsian meminta cerai daripada Shuk kerana sudah terlalu penat.

“Semuanya sebab kawan-kawan, persahabatan mereka terlalu kuat sampai suka cerita buruk pasangan masing-masing dalam ‘group’.

“Nama saya buruk bukan sebab mulut orang jauh, tetapi orang paling dekat,” katanya.

Mengenai jalan penyelesaian, Fara berkata, Shuk tidak pernah berubah walaupun sudah banyak kali berbincang.



Katanya, gara-gara sikap suaminya itu, keadaan mentalnya terganggu kerana dia tiada tempat untuk meluahkan perasaan.

“Selepas berkahwin, saya terpaksa menjauhkan diri daripada rakan-rakan kerana mahu fokus menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.

“Saya pernah ajak Shuk berbincang dan dia berubah tapi sekejap sahaja,” katanya.

Terdahulu, Fara membuat luahan seperti menggambarkan pergolakan dalam rumah tangganya itu menerusi Thread dan mendapat perhatian ramai di media sosial.



Luahan Fara itu membuatkan ada yang mengaitkan kisah perceraian Shuk bersama bekas isterinya, Rossa Serra serta menyifatkan ia seperti karma atas perbuatan berkenaan.

Menyesal kahwin is ‘so real’ (adalah sangat tepat). Saya berharap dia sedar dengan kenyataan saya dan ceraikan saya,” tulisnya.

Fara dan Shuk berkahwin pada November tahun lalu dan ia adalah perkahwinan kedua pelawak itu.

Sebelum ini, Syuk pernah berkahwin dengan Rossa Serra, tapi bercerai pada 22 Mac tahun lalu.



Hasil perkahwinan itu, Shuk dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8 dan Nur Assyifatu Aimi, 5. BH

Minta cerai sebab Shuk tak pernah berubah – Fara Salleh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Punca Cikgu Istiqomah dibunuh

Takiyuddin kantoi (Video)



Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim

KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker