‘Pak guard’ terlepas tembakan di hospital ditahan

‘Pak guard’ terlepas tembakan di hospital ditahan

Seorang pengawal keselamatan di sebuah hospital di Alor Gajah, Melaka ditahan polis untuk siasatan kerana terlepas tembakan selepas senjata miliknya terjatuh.

Ketua Polis Alor Gajah, Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu pada 6.20 petang semalam daripada pegawai operasi syarikat keselamatan berkenaan, lapor Harian Metro.

Bagaimanapun, Ashari berkata tiada mangsa yang cedera dalam kejadian tersebut.

Katanya, pegawai operasi berkenaan diberitahu senjata api jenis shot-gun Winchester itu terjatuh dan meletup sehingga terkena meja kaunter di pejabat unit hasil hospital berkenaan.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku 5.30 petang kelmarin (Rabu) semasa suspek bertugas syif jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam. Dia seorang diri di pejabat dan tiada pekerja lain ketika itu, katanya.

Menurutnya, pengawal berusia 56 tahun itu dipercayai meletakkan senjata api berkenaan di atas meja dalam keadaan laras menghala ke arah kaunter dan kunci keselamatan tidak dipasang.

Katanya, pegawai operasi syarikat keselamatan itu membuat laporan polis di IPD Alor Gajah semalam, selepas mendapati suspek melakukan kecuaian dalam mengendalikan senjata api.

Tambahnya, polis akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Alor Gajah untuk membantu siasatan. FMT

‘Pak guard’ terlepas tembakan di hospital ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal

Jep tak puas hati, ini respons Mamat

Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]

Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker