Anak pecah rekod Olimpik milik bapa

Anak pecah rekod Olimpik milik bapa

PARIS: Mykolas Alekna memecahkan rekod Olimpik dipegang bapanya selama 20 tahun ketika final acara lempar cakera pada temasya Paris 2024.

Atlet Lithuania berusia 21 tahun itu melakukan penampilan sulung Olimpik sesudah melepasi pusingan kelayakan Isnin lalu.



Dia bertindak cemerlang dengan lemparan sejauh 69.97 meter dalam percubaan keduanya pada final di Stade de France, Saint-Denis kelmarin.

Lemparan Alekna memecahkan rekod Olimpik milik bapanya Virgilijus berusia 20 tahun daripada Athens 2004.

Catatan Virgilijus 69.89m di Athens 2004 tidak dapat dipecahkan dalam empat temasya berikutnya.

Alekna sudah memecahkan rekod dunia berusia 38 tahun awal tahun ini.



April lalu, dia melakukan lemparan sejauh 74.35m pada kejohanan Oklahoma Throw Series di Amerika Syarikat.

Rekod itu bertahan lebih lama berbanding rekod dicatatnya pada final Olimpik Paris 2024.

Peserta Jamaica, Roje Stona mengatasi rekod Alekna dalam percubaan keempatnya dengan jarak 70m.

Rekod Stona cukup untuk memberikannya pingat emas ketika Alekna terpaksa berpuas hati dengan perak, yang pertama buat Lithuania pada temasya itu susulan dua pingat gangsa.



Matthew Denny dari Australia melengkapkan podium di tangga ketiga.

Abang Alekna, Martynas turut bertanding di Paris.

Bagaimanapun, atlet berusia 23 tahun itu gagal melayakkan diri ke acara akhir selepas lemparan terbaik 58.66m pada pusingan kelayakan.

Kedua-dua adik beradik itu mengikut jejak langkah bapa mereka selepas karier Olimpik yang gemilang.



Virgilijus menang emas di Sydney 2000 dan Athens 2004 sebelum meraih pingat gangsa pada Beijing 2008. Beliau yang kini menjadi ahli Parlimen Lithuania, muncul juara dunia pada 2003 dan 2005. BH

Anak pecah rekod Olimpik milik bapa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal

Jep tak puas hati, ini respons Mamat



Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]

Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker