Samun di Lebuhraya KESAS, suspek berjaya ditahan Polis [VIDEO]

Tangkap layar video tular di media sosial cubaan samun di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dekat Subang Jaya, Selangor

KUALA LUMPUR: Kurang tempoh 24 jam, sekumpulan penjenayah yang disyaki terbabit cubaan samun juruteknik di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dekat Subang Jaya, Selangor, ditahan polis dalam serbuan berasingan semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata semua suspek berusia antara 30 hingga 41 tahun itu ditahan di sekitar Klang dan Shah Alam, Selangor.

Menurutnya, polis sebelum itu menerima laporan daripada seorang lelaki mendakwa dihampiri empat lelaki bersenjatakan kayu pada jam 1.37 pagi semalam.

“Suspek yang menunggang motosikal menghalang dengan berhenti di hadapan kenderaan pengadu lalu menghayunkan kayu ke arah cermin kenderaan sehingga pecah.



“Bertindak atas maklumat, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya yang menjalankan siasatan berjaya menahan empat suspek secara berasingan pada jam 5.30 petang hari sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata, polis turut merampas sebuah kereta jenis Nissan Almera, motosikal Yamaha LC135 dan enam telefon bimbit.

Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk dadah.

“Polis percaya semua suspek itu adalah individu yang terbabit kes samun seperti dilaporkan mangsa sebelum ini,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 393 dan 427 Kanun Keseksaan.



Katanya, polis akan memohon perintah reman terhadap semua suspek di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, pagi ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, seorang juruteknik menempuh detik cemas apabila kenderaannya ditahan empat penyamun bersenjata berhampiran sebuah stesen minyak di Lebuhraya Kesas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat dilaporkan berkata, suspek bukan saja menahan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dipandu mangsa malah bertindak agresif dengan memecahkan cermin kenderaan.

Kejadian itu tular di media sosial apabila satu klip video kamera papan pemuka memaparkan mangsa baru keluar dari sebuah stesen minyak sebelum sebuah motosikal dan kereta berwarna hitam berhenti di hadapannya.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal

Jep tak puas hati, ini respons Mamat



Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]

Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker