Budak 12 tahun mengaku tak salah pandu kereta

Budak 12 tahun mengaku tak salah pandu kereta

SEPANG: Seorang remaja berusia 12 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan di bawah umur dibenarkan untuk memandu kereta, bulan lalu.

Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.



Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39 (5) akta yang sama.

Pada prosiding secara tertutup itu, bapa tertuduh yang berusia 53 tahun turut didakwa kerana membenarkan anaknya memandu kereta di jalan raya.

Pertuduhan ke atas bapanya dibuat Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksiumum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Bulan lalu, tular rakaman video berdurasi satu minit 49 saat memaparkan seorang wanita menahan kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang remaja lelaki dan turut dinaiki dua kanak-kanak.



Menerusi rakaman itu, kereta terbabit dipandu agak laju ketika melalui bonggol di depan sebuah rumah sebelum diarah oleh wanita berkenaan supaya memberhentikan kenderaan.

Wanita berkenaan, yang mendakwa remaja terbabit sudah beberapa kali dilihat memandu kereta di kawasan itu, berkata beliau akan membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit. FMT

Budak 12 tahun mengaku tak salah pandu kereta

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia tinggalkan saya macam tu sahaja

Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]



Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]

Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker