Bersatu Jeli lumpuh, 1,000 ahli keluar parti

Lapan cawangan Bersatu Jeli turut diumumkan terbubar.

Bersatu Jeli lumpuh, 1,000 ahli keluar parti

Lapan ketua cawangan dan 18 Srikandi Jeli mengumumkan meletak jawatan dan keluar parti hari ini, bersama 1,000 ahli lain, menyebabkan Bersatu Jeli lumpuh serta-merta.

Dengan ini, lapan cawangan terbabit, Lawang, Asahan; Batu Gajah; Kedai Kuala Balah; Legeh,; Nibong; Jedak Tua; dan Kubur Datu turut diumumkan terbubar.



Tindakan ini menyusuli penyertaan 480 ahli Bersatu Gua Musang ke dalam Umno minggu lepas, yang melumpuhkan 12 cawangan.

Jurucakap Bersatu Jeli Rodzi Muhammad, yang juga bekas timbalan ketua cawangan Kedai Kuala Balah, berkata tindakan itu dibuat susulan rasa kecewa dengan percaturan politik pimpinan Bersatu pada peringkat pusat dan negeri yang dilihat begitu lemah.

Hal ini terutamanya dapat dilihat dalam urusan menentukan calon PRK Nenggiri, yang terpaksa ‘diimport’ daripada PAS, katanya.

“Bersatu bukan lagi parti dominan orang Melayu dalam PN (Perikatan Nasional) yang orang Melayu boleh bergantung harap memperjuangkan nasib orang Melayu, Islam dan negara.



“Bersatu dilihat begitu lemah dalam percaturan politiknya. Bersatu seakan jelas dipermainkan, digula-gulakan oleh PAS dalam PN.

Kami sebelum ini sebagai ahli Bersatu amat malu dan rasa tercabar atas kesilapan percaturan ini, katanya pada sidang media di Jeli.

Pada Sabtu lepas, sebanyak 12 cawangan Bersatu di Gua Musang ditutup sepenuhnya, selepas 480 ahli di semua cawangan itu bertindak keluar parti dan menyertai Umno.

Rodzi berkata hari ini, tindakan keluar parti itu tidak dipengaruhi mana-mana pihak, sebaliknya diambil kerana ahli-ahli Bersatu itu sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti.



Kami tidak lagi melihat kepimpinan parti sama ada pada peringkat nasional mahupun negeri sebagai pemimpin yang berkaliber, ternyata sekarang mereka lemah dan tidak mempunyai idea, katanya.

Sehubungan dengan itu, lapan cawangan dan 18 cawangan srikandi dengan ini mengumumkan pembubaran di cawangan Bersatu terbabit, katanya. FMT

Bersatu Jeli lumpuh, 1,000 ahli keluar parti

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia tinggalkan saya macam tu sahaja

Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]



Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]

Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker