Ringgit diniaga tinggi, naik 4.1% tahun ini berbanding USD.

Ringgit diniaga tinggi, naik 4.1% tahun ini berbanding USD.

Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disebabkan prospek penurunan kadar faedah AS semakin ketara, kata seorang penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4200/4300 berbanding dolar AS daripada 4.4240/4305 pada Isnin.



Tahun ini, ringgit mencatatkan kenaikan yang memberangsangkan, meningkat 4.1 peratus berbanding dolar US, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

“Dalam pada itu, ringgit melonjak berbanding mata wang serantau, naik 10.5 peratus berbanding won Korea Selatan, 9.5 peratus berbanding rupiah Indonesia, 8.6 peratus berbanding peso Filipina, 7.8 peratus berbanding baht Thailand dan 4.4 peratus berbanding dolar Singapura.

“Bagaimanapun, aktiviti pengambilan untung yang tidak menentu mungkin berlaku kerana peniaga mungkin terdorong mengambil keuntungan untuk sementara waktu,” katanya.

Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit kekal sekitar RM4.42 hingga RM4.43 berbanding dolar AS hari ini.



Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata pengumuman Indeks Pengurus Pembelian (PMI) untuk sektor pembuatan dan perkhidmatan, kedua-duanya melebihi 50 telah mengurangkan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi yang mungkin dihadapi AS.

“Ringgit mungkin dibuka lebih tinggi sedikit apabila pelabur mengalihkan pelaburan mereka ke arah Asia,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama bagaimanapun merosot berbanding pound Britain kepada 5.6514/6642 daripada 5.6379/6462 ketika ditutup pada Isnin.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0301/0378 daripada 3.1067/1117 dan melonjak berbanding euro kepada 4.8395/8504 daripada 4.8434/8505 sebelum ini.



Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 273.0/273.7 daripada 273.2/273.7 pada Isnin dan menokok berbanding peso Filipina kepada 7.63/7.66 daripada 7.64/7.66.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3343/3424 daripada 3.3485/3536 dan melonjak berbanding baht Thailand kepada 12.4405/4789 daripada 12.5528/5791 sebelum ini. Mk

Ringgit diniaga tinggi, naik 4.1% tahun ini berbanding USD.



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia tinggalkan saya macam tu sahaja



Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]

Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]



Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker