Pakar Perubatan ‘beletiaq’ loghat Kedah (Video)

Dr R Moventhiran fasih berbahasa Melayu dan loghat Kedah.

Pakar Perubatan ‘beletiaq’ loghat Kedah

Bahasa Kebangsaan menjadi identiti dan jiwa bangsa rakyat Malaysia yang hidup bersama meskipun berbilang kaum.

Itu reaksi Dr R Moventhiran yang ‘mencuri’ perhatian netizen di media sosial kerana kemahirannya bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih dan lancar dalam loghat Kedah.



Moventhiran, 37, yang juga pakar bedah otak dan saraf di Hospital Sungai Buloh di sini, berasal dari Alor Setar, Kedah itu mengakui dirinya anak kampung yang dibesarkan dalam kejiranan majmuk yang rata-rata penduduknya berbangsa Melayu di Kuala Kedah.

Bapa kepada seorang anak perempuan itu berkata, beliau juga belajar di sekolah kebangsaan (SK) dan aktif menyertai pertandingan seperti debat serta syarahan bahasa Melayu sejak di bangku sekolah.

Menurutnya, sebagai anak Malaysia, semua rakyat perlu bangga dengan tanah air serta bahasa kebangsaan selain mengakui sedih jika rakyat negara ini terutama golongan muda tidak fasih berbahasa Melayu.

“Saya berkawan dengan semua kaum terutama orang Melayu kerana perumahan saya majoriti adalah Melayu. Saya bersembang menggunakan bahasa Melayu, malah sebagai rakyat Malaysia semua perlu fasih bahasa kebangsaan kita dan berbangga dengannya.



“Bahasa kebangsaan adalah lambang identiti negara ini dan bahasa itu juga menjadi medium untuk kita merapatkan jurang antara semua kaum kerana kita akan bercakap menggunakan satu bahasa iaitu bahasa kebangsaan kita.

“Malah, hubungan kita akan menjadi lebih erat dan kita akan dapat bersembang dengan semua,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau yang berkhidmat bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak 2011 berkata, dirinya juga suka belajar bahasa atau dialek negeri lain serta boleh bercakap dalam dialek Kelantan, Melaka, Sabah dan Perak yang menjadi antara penempatan tugasnya sebelum ini.

Katanya, kemahiran bahasanya yang baik juga membuatkan dirinya juga sering disangka orang Melayu atau India Muslim.



“Saya suka belajar dialek negeri orang kerana ia juga membantu saya berkomunikasi dengan pesakit, namun sebagai berketurunan India, saya juga fasih bahasa Tamil serta boleh membaca dan menulis dalam bahasa itu. Cuma kemahiran menulis saya hanya yang asas dan binaan ayat mudah saja.

“Orang selalu sangka saya orang Melayu kalau bercakap di telefon atau jika berjumpa mereka sangka saya mualaf atau ‘mamak’ dari Pulau Pinang sebelum terkejut melihat tanda nama atau tahu nama sebenar,” katanya.

Dr Moventhiran berkata, beliau dibesarkan dalam keluarga sederhana dengan ibu bapanya bekerja sebagai pemandu lori dan pekerja pembersihan hospital yang menjadi pemangkin semangatnya untuk mencapai cita-cita bergelar doktor.

“Saya suka berkongsi video sebagai kesedaran untuk orang lain dalam konteks kesihatan serta kenegaraan, patriotisme dan penekanan kepentingan bahasa kebangsaan.



“Semua video saya lebih selesa dan suka menggunakan bahasa kebangsaan supaya kesedaran penggunaan lebih meluas.

“Terutama sekarang sudah memasuki bulan kemerdekaan, namun semangat itu dilihat semakin pudar dan kibaran Jalur Gemilang juga tidak meriah seperti dulu,” katanya. HM

Pakar Perubatan ‘beletiaq’ loghat Kedah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia tinggalkan saya macam tu sahaja

Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]



Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]

Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker