PMO tuntut Meta mohon maaf
PMO tuntut Meta mohon maaf
Pejabat Perdana Menteri (PMO) menuntut Meta Platforms Inc (Meta) memohon maaf secara terbuka atas tindakan mereka termasuk menurunkan ucapan takziah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh daripada platform media sosial konglomerat itu.
Pada masa sama, PMO juga menuntut Meta memberikan penjelasan terperinci atas tindakan mereka itu.
Perkara itu dinyatakan kepada wakil Meta Inc, yang hari ini dipanggil oleh Bahagian Media dan Komunikasi Strategik PMO di Putrajaya.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.
“Bahagian Media dan Komunikasi Strategik PMO memanggil Meta bagi menuntut penjelasan terkait tindakan penurunan beberapa hantaran di platform Facebook dan Instagram milik Perdana Menteri bertarikh 14 Mei dan 30 Julai lalu.
“PMO menzahirkan rasa jelik terhadap tindakan Meta menurunkan hantaran Perdana Menteri yang menzahirkan ucapan takziah dan penghormatan terhadap Asy Syahid Ismail yang dibunuh baru-baru ini.
“PMO melihat tindakan Meta itu sebagai satu bentuk diskriminasi, sikap tidak adil dan menyekat kebebasan berpandangan, selain penghinaan terhadap perjuangan sah rakyat Palestin yang menuntut keadilan dan hak asasi manusia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
PMO turut menegaskan, tindakan menurunkan hantaran itu memberi kesan mendalam kepada rakyat Malaysia dan masyarakat dunia yang memahami penderitaan rakyat Palestin serta menentang kezaliman rejim Zionis Israel seperti terpahat dalam lipatan sejarah.
“Keputusan unilateral untuk menapis kandungan tanpa pertimbangan terhadap konteks hantaran, jelas menimbulkan persoalan mengenai ketelusan dalam dasar penapisan kandungan Meta,” katanya.
Sementara itu, PMO juga melahirkan rasa kesal dengan insiden sekatan siaran langsung menerusi Facebook membabitkan akaun Berita RTM yang menyiarkan Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.
Katanya, seperti dijanjikan dalam pertemuan hari ini, satu kenyataan media akan dikeluarkan pihak Meta dalam masa terdekat.
Semalam, Fahmi memaklumkan, satu pertemuan akan diadakan bersama pihak Meta berhubung isu penurunan kandungan berkaitan Palestin daripada media sosial Perdana Menteri, hari ini.
Dalam laporan media sebelum ini, Fahmi menyatakan kekesalan kerajaan dengan tindakan penurunan hantaran oleh Perdana Menteri berhubung pembunuhan Ismail oleh pihak Meta dan sudah memohon penjelasan berhubung perkara itu.
Semakan di akaun Instagram Perdana Menteri mendapati tiga hantaran beliau pada 31 Julai lalu yang mengutuk pembunuhan Ismail dan berkongsi gambar pertemuan dengan pemimpin Hamas itu diturunkan daripada aplikasi media sosial berkenaan.
Penurunan hantaran itu disertakan dengan kapsyen ‘Dangerous individuals and organisations’.
Ia menyebabkan PMO mengecam tindakan Meta berkenaan, manakala Perdana Menteri pada Khamis lalu memberi peringatan terhadap pihak Meta supaya tidak menjadi perkakas rejim Zionis. FMT
PMO tuntut Meta mohon maaf
Baca Artikel Menarik:
- Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’
- Aisha Retno tayang perut pulak dah
- Peminat tegur Bella Astillah ‘jual’ lutut lepas balik umrah
- Dua maut ketika merempit di Jalan Persiaran Raja Muda Musa
- Pemain bola sepak bawa senjata tajam ketika perlawanan diburu polis
- Kulit bersih, licin ketika mandikan jenazah Jay Jay
- Keadaan di UK membimbangkan, rakyat Malaysia mesti berwaspada
- ‘Kemerdekaan kita tak lengkap tanpa pembebasan Palestin’ buat pemuda MCA sentap
- Ahli Bersatu kecewa ‘silap mata’ PAS
- Amanah Kluang gelojoh – Pemuda Umno Johor
- Tarik balik atau berdepan tindakan undang-undang
- Bunuh jiran kerana kerap tanya kenapa masih belum kahwin
- Kenapa kakak sanggup tukar ‘bin’ anaknya?
- Zahid pertimbang Umno Kota Raja minta kerusi tanding pilihan raya
- Siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin disekat Meta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]
Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]
Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya