Bunuh jiran kerana kerap tanya kenapa masih belum kahwin
Bunuh jiran kerana kerap tanya kenapa masih belum kahwin
JAKARTA: Tidak tahan kerap sangat diajukan mengapa tidak berkahwin, menyebabkan seorang lelaki Indonesia panas hati sebelum nekad membunuh jirannya, lapor Straits Times.
Media tempatan Indonesia melaporkan, kejadian itu berlaku di Tapanuli Selatan, yang terletak di Sumatera Utara, pada 29 Julai lalu.
Penolong Pesuruhjaya Polis wilayah itu, Maria Marpaung berkata, suspek lelaki berusia 45 tahun didakwa membunuh jirannya yang juga penjawat awam, Asgim Irianto, 60, selepas terkesan dengan sikap mereka yang kerap bertanya kepadanya mengapa dia tidak berkahwin.
“Berdasarkan kenyataan isteri Asgim, penyerang, Parlindungan Siregar, tiba di rumah mereka kira-kira 8 malam pada 29 Julai sambil menghunus sebatang kayu dan mula menyerang mangsa tanpa amaran.
“Asgim berlari keluar ke jalan, di mana dia dikejar Parlindungan sebelum terkena hentakan di kepala sebelum, terus dipukul suspek.
“Penduduk di kawasan itu akhirnya menghentikan pukulan sebelum membawa Asgim ke hospital, tetapi dia meninggal dunia sebelum mendapatkan rawatan,” katanya dalam laporan Detik Jogja.
Menurut Maria, suspek mendakwa, dia tekad memukul Asgim sehingga mati kerana kekerapan jirannya bertanya kepadanya secara bergurau, mengapa dia tidak berkahwin.
Laporan itu menyebut, sebelum serangan maut itu, kedua-dua jiran itu turut bertengkar mengenai ayam milik masing-masing. BH
Bunuh jiran kerana kerap tanya kenapa masih belum kahwin
Baca Artikel Menarik:
- Gaduh berebut ‘parking’, dua wanita ditahan
- Keputusan rayuan UPU boleh disemak mulai 6 Ogos
- Pemegang lesen B1, B2 layak mohon lesen B penuh mulai 1 Oktober
- Bom bunuh Haniyeh disembunyi 2 bulan lalu di rumah tamunya di Teheran
- Khaled Meshaal dijangka dipilih terajui Hamas
- Perompak naik kereta mewah pecah masuk rumah pegawai polis
- ‘Jangan suruh saya pakai bikini’
- Nazatul saman Puteri Sarah pula, mahu tuntut hak
- Budak 10 tahun dirogol kekasih dalam hutan
- Nia Ramadhani makin ‘hot’ setelah bebas dadah
- Jeslina Hashim, Tunku Eddy nikah minggu ini
- Pasangan berasmaradana tepi landasan nyaris ‘disondol’ kereta api
- Tak sempat ‘ratah’ pelacur dicekup JIM
- UMNO mulakan tindakan tuntut RM100 juta terhadap ADUN Rembia
- CEO McDonald’s salahkan boikot umat Islam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang
Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik
Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama
You must be logged in to post a comment.